
Buat pertama kalinya rasa kekecewaan aku pada pasukan Formula 1 yg aku sokong selama ni. Sejak season ni aku tak pernah miss tgk F1 kat tv. Semua race pogress yg pasukan aku sokong semua aku tgk. Tahun nih mmg mengecewakan..teramat kecewa. aku rasa kecewa sampai aku nak tukar je pasukan lain yg aku minat. Aku mmg sokong habisan pasukan Sauber Petronas. Kalau nak dibandingkan ngan Ferrari, McLaren Mercedes dan pasukan elit yg lain, mmg lah Sauber ni agak tercicir sedikit. Tapi sekurangnya aku nak tgk jugak pasukan yg pernah jadi first divisyen dalam tahun 2001 ni sekurang-kurangnya naik podium sekali dalam tahun ni. Tapi mmg hampeh. Dahla hampeh...mmg teruk....suckkkss !!!
Kepada sesapa yg selalu tgk F1 mcm aku, season nih Sauber Petronas mempunyai 2 org pemandu yg bukan calang-calang orgnya. 1st driver- Felipe Massa dari brazil, karier pertama dalam F1 dalam pasukan Sauber. Pernah menaikan nama Sauber ketika bergandingan dengan Kimi Raikonen(sekarang nih dengan McLaren Mercedes). Tahun 2001 Fellipe Massa direhatkan dan dihantar ke Ferrari bagi menajamkan lagi skill dalam F1 dan menjadi test driver untuk Ferrari F1.
2nd driver - Jaques Villenueve. Rekod terbaik ialah menjadi juara dunia tahun 1997 mengalahkan Micheal Schumacer sendiri. Pernah menjadi pemandu untuk BAR Honda dan merupakan pemandu yg paling senior dalam F1.
Sekarang nih pasukan Sauber Petronas diambang kekalahan teruk bila mana tahun ni pasukan F1 hanya mengumpul mata 1 bagi setiap perlumbaan. Masalah dalaman pasukan semakin teruk apabila Sauber Racing team yg berpengkalan di Hinwil mengalami masalah kewangan yg dijangka mampu menggugat pasukan tersebut untuk season depan. Dan akhirnya ketika perlumbaan masuk ke season pertengahan, Sauber Racing Team telah dibeli oleh syarikat BMW Motorsports. Maka dengan pembelian ini maka season depan BMW akan mengambil alih pasukan ini dan akan melakukan satu rombakan besar dalam dalam pasukan ini keseluruhannya.
Dijangkakan, untuk season depan, pasukan Sauber akan menjalankan rekabentuk dan struktur binaan untuk kereta formula 1, namun enjin, sistem elektronik dan sistem pemanduan akan di rekabentuk oleh BMW sendiri. Ini bermakna pembuatan kereta F1 untuk pasukan Sauber akan terbahagi 2. Aku berharaplah dengan pembelian pasukan ini oleh BMW, pasukan ini mampu bersaing dengna pasukan elit yg lain. Sepertimana pasukan BMW-Williams menjadi pasukan elit sekarang ni.
Apa yg membanggakan aku, bermula season ni dan akan datang, kereta F1 telah direka bentuk dan diuji sepenuhnya oleh Sauber sendiri dan pada tahun ini pasukan Sauber Racing Team mempuyai terowong angin yg bernilai berbilion ringgit. Mahal tuuu...Terowong angin tersebut salah satu yg tercanggih di Eropah dan ke 6 terbesar di dunia. Yang paling canggih dan terbesar ialah terowong angin milik pengeluar kereta Audi. Pada tahun ini jugak pasukan Sauber mempunyai supercomputer sendiri. Sebelum ini pasukan ini mempunyai supercomputer yg disewa dan agak jauh ketinggalan. Supercomputer yg dibeli bernama 'Albert' dan dikatakan 200 kali lebih berkuasa dari sebelum ini. Kegunaan supercomputer dalam setiap pasukan F1 ialah untuk mejalankan ujian simulator, perngiraan kompleks, menjalankan kajian terhadap rekabentuk, enjin kereta dan sistem dalam kereta F1, menjalankan simulator, telemetri untuk terowong angin dan enjin dan yg penting sekali menjalan kan ujian dan pengiraan 'fenite element method' dimana konsep ini dikatakan tidak pernah lekang dari rekabentuk F1.
Namun, walau segah mana prasarana yg mereka ada, namun, kredibility kereta baru buatan sepenuhnya dari Sauber petronas masih menjadi tanda tanya dan sering dipersoalkan. Ini kerana enjin kereta F1 Sauber Petronas menggunakan enjin kereta Ferrari yg digunakan sama oleh Micheal Schumacher pada tahun ini. Cuma sistem pengawalan, elektronik dan sistem gear dibangunkan oleh Sauber sendiri. Pelikkan. Enjin dah cukup power dah, tapi hampeh je.
Sauber Petronas sekarang nih tgh bimbang kerana pada tahun hadapan, pemandu utamanya Felipe Massa akan berpindah ke pasukan Ferrari bagi menggantikan Rubens Barichello yg akan bertukar ke BAR Honda. Pihak Sauber sekarang nih masih mencari pengganti Felipe kerana untuk season hadapan, Sauber akan berubah sepenuhnya dari segi pembuatan enjin. Berkemungkinan besar Jaques Villenueve akan ditamatkan perkhidmatannya hujung tahun ini kerana kurang menyerlah dalam perlumbaan. Ini bermakna untuk season hadapan Sauber terpaksa mencari 2 pemandu.
Aku berharap sangat pasukan Sauber Petronas akan menjadi pasukan terbaik dan tersenarai daam 1st divisyen car seperti pasukan elit yg lain. Aku berharap dengna pembelian Sauber oleh BMW, pasukan ini akan mengubah keseluruhannya dari aspek prestasi dan kecanggihan dalam teknologi perlumbaan. Pasukan BMW dikatakan akan menggunakan enjin V8 sesaran 2900 c.c walaupun sekarang nih pasukan F1 dan Sauber menggunakan menggunakan enjin v10 2900 c.c. Ini kerana mengikut konsep BMW enjin V8 mereka adalah jauh lebih baik dari segi efficiancy dan lebih ringan, tetapi mempunyai kuasa sama seperti engjin v10.
OKlah..aku malas dah nak citer sangat hal nih...ape ape hal, aku nak tunggu je season depan mcm mana. untuk season depan pasukan sauber akan bertukar ke "BMW Sauber Petronas F1 Team".
go to Sauber Petronas F1 Team website
go to Sauber Petronas F1 Team website
No comments:
Post a Comment