Terima kasih kepada semua kawan aku yg hantar email kat aku, msg kat shout, sms aku dan banyak lagi kerana memberi sokongan kepada aku untuk mengaktifkan kembali blog aku. Blog aku ni tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan blog Niety dan Kay. Dioranglah sumber inspirasi aku. Dan aku nak ucapkan terima kasih kat Ali yg telah berjaya meracun aku untuk mewujudkan tycooncyber.blogspot.com.
Sebenarnya, bagi aku bukan soal betapa kerapnya kta publish blog kita. Bagi aku sendiri isi dalam blog kita. Yeap..mmg betul setiap org tak sama dalam mencorakkan blog masing-masing. terpulang pada diri sendiri.
Aku mulanya agak keberatan nak sambung kembali laman blog aku yg kat 2 tahun aku biar. Hampir menjadi tukun blog aku ni. Org kata..aura nak menulis blog ni mmg dah hilang tapi sejak bertemu dengan Anis yg dah lama aku tak jumpa, dia asyik mintak aku tlg ajarkan mcm mana nak buat blog ni. Secara tak langsung, aku dah mula berminat nak menulis blog.
Maaf buat semua pembaca blog aku. ( Aku takde pembaca setia..sebab blog aku mmg tak best..) Mungkin inti blog aku ni dah tak sama mcm dulu. Dulu..hampir setiap hari aku menulis. Sekarang ni..komitmen terhadap kerja dan aku masih menyambung pelajaran aku, aku terpaksa menghadkan peluang yg ada.
Aku dah jumpa minat baru aku. Selain menghentam pc aku ni ke tahap maksima dengan main Pc game, aku lebih banyak masuk laman blog politik. Tak pernahnya aku minat bab politik ni sangat. Tapi sejak tsunami politik melanda dalam PRU 12 dan harga barang semakin naik, mendorong aku untuk menyibuk di blog-blog penasihat kerajaan yg tak bergaji ni. Baru diorang tau kan betapa kuatnya pengaruh blog dalam menentukan aurs politik kita sendiri.
Aku tak nafikan aku banyak menimba ilmu bila aku baca blog-blog diorang ni. Isu bangsalah, isu sekelilinglah...mmg banyak. Terutama beberapa bloggers yg aku selalu masuk dalam laman blog diorang mmg lantang bersuara. Kadang2 aku terpikir gak, kenapa lah diorang mcm ni tak nak masuk je politik? Jadi ketua yg bagus. Kan best tu...setidak- tidak pun apa yg diorang suarakan pendapat diorang dalam blog tu mendapat sedikit perhatian dari pihak pemimpin.
Hari tu, aku tgk secara life persidangan parlimen. Agak menyedihkan bagi aku kerana aku sendiri tak menyangka betapa buruknya sesetengah sikap pemimpin kita yg membuat kacau-bilau dalam parlimen tu. Bukan aku nak compare dengan negara lain. Tapi aku pernah tgk persidangan parlimen dalam House of Commons. Walaupun berlaku gak ketegangan dalam parlimen, tapi isu yg diorang bangkitkan dalam tu bukannya remeh temeh. Bukannya isu kenapa tak angkat tangan, kenapa buat bising, kenapa takdak soalan tambahan. Yg pasti dalam parlimen sendiri takde langsung ayat 'monyet' dikeluarkan. Apa nak jadi ngan diorang? Mcm ni ke pemimpin kita sekarang? parlimen bukannya pasar, bukannya collesium, bukannya mahkamah. Parlimen adalah tempat untuk bersidang nak menyelesaikan masalah rakyat.
.......
Stop bab pasal parlimen/politik.
Last week, aku pegi jumpa member aku. Lepas jumpa member aku, jumpa plak makcik aku. Tiap kali borak je ngan makcik aku, mesti punya dia tanya soal kawin. Soalan maut/soalan lazim : Bila nak kawin?? Dengan sapa nak kawin?? Dah simpan duit nak kawin?? Ada calon nak kawin ??
Alahai makcik aku ni.....ni yg maleh nak jumpa ni. Sebenarnya, sekarang pun aku nak kawin. Aha...Bila nak kawin? sekarang bole makcik. Dengan sapa nak kawin?? tu makcik kena tunggu dulu. Dah simpan duit nak kawin?? Dah tapi tak cukup sket..nak pinjam duit makcik boleh?? kehkehkeh...
Punyalah dok sibuk dok kerja...sampai lupa nak kawin...tu kata makcik akulah..sibuk ke kerja ?? tak jugak. Sebab setiap hari boleh balik ont ime. Cuma aku je yg kurang berusaha nak cari jodoh aku. Insyallah kalau ada jodoh..adalah tu... ;)
No comments:
Post a Comment