Amaran: Posting ini tiada kena mengena dengan yang mati. Melibatkan yang hidup sahaja termasuk yang hampir-hampir nak mati.
Buat sakit hati aku bila aku duduk bersembang dengan beberapa puak veteran kat rumah aku ni. Siapa puak veteran tu, biar aku dan mereka saja yg tahu. Biasalahkan bila aku lepak dengan diorang ni, macam-macam hal yg diorang borakkan. Bab politik, agama, sosial....mcm mcm lagilah. Tak ubah mcm sesi dewan parlimen yg aku tengaok dalam TV tu. Siap ada pihak pembangkang. Cuma yg aku terkilan kat dewan parlimen ni majoriti 2/3 masih belum cukup kuat untuk mematahkan hujah puak pembangkang yg sedia ada lebih bersikap tengok dan angguk je.
Masing-masing ada idea masing-masing. Yang old school parti dengan idea lapuk mereka ( tak semua lapuk), ada jugak dengan pemikiran ekstrimis mereka ada jugak yang masih menekan nilai-nilai psikologi gak. Pergh..mmg aku respek...
Kaum pemuga lagilah. Jenis pendiam. Tgk je apa kaum veteran ni cakap. Termasuk aku gak la. Malas nak menyampuk sebab org tua tgh bersembang. Lagi pun kaum pemudalah yg peranannya mcm pembangkang. Tak cukup 2/3 majoroti. Soo..nak safe play..diam jelah...
Yang aku hangin sangat, bila satu isu timbul pasal saingan dengan orang luar ni. Aku fahamlah mereka ni org veteran. Jenis banyak makan garam ( sebab tu ramai yg ada kes darah tinggi kat situ). Tapi jgn lah terlalu kolot dengan pemikiran kita sendiri. Aku bukannya tak hormat mereka ni. Mereka nilah antara pioneer dalam taman aku ni. Tapi kenalah ikut peredaran zaman.
Aku menyampuk gak diorang ni cakap. Kebetulan bab kerja kat oversea sebab adalah sorang ahli veteran ni cerita pasal anak dia nak keje kat oversea. Tak silap aku lah dia nak kene transfer kat South Africa. Bahagian offshore marine ni sebab kompany dia hantar 2 tahun kat sana.
Yg aku tensennya dia tak bagi anak dia tu keje kat sana sebab alasan ??? Kej kat sana jauh..lagi pun kat sana keje kasar..tak boleh lawan ngan mat saleh badan besar. Diorang keje stok ganas-ganas (Ape..ingat mat saleh tu makan besi ke sambil keje?). Aduihhla..apela punya sengal pakcik ni. Aku pun cakaplah balik. Pakcik tak boleh cakap mcm tu sebab sekarang ni keje kat oversea ke...sama saja. Gaji mmg masyuk..satu lagi..dah ada peluang..amikla peluang yg ada nak berlajar pasal tempat org..tgk sket kat tpt org lain mcm mana.
Senang cakap banyak jugaklah aku cakap. Pakcik tu diam je. Tgk aku mcm dia tu besar sangat dari aku. Lepas tu dia diam terus. Punya kerek member-member pakcik ni backing dia. Yang aku nampak sorang sekor pun yg backing dia pun takde hujah. Main cakap je sebab konon nak tutup malu kawan diorang ni.
Kekadang aku terpikir gak...agaknya dengan pemikiran kolot mereka ni, boleh ke bangsa kita sendiri maju? Kenapa bangsa kita lambat nak maju dari bangsa lain?? Sebab kerana org yg mcm ni lah. Katak duduk bawah tempurung. Dahlah bawah tenpurung..tempurung tu sendri bawah tempayan (malang sungguh tempayan sebab dia takde kena mengena dalam story ni) Adeke bagi alasan mat salah keje kat sana semua kasar. Dia belum tgk lagi org Malaysia keje mcm mana. Mat saleh pun leh respek.
Sudahlah....ingat ni tahun 2008. Bukannya tahun 1957. Bukannya 1980. Kepala '19' tu pun dah tak wujud dah. Bukalah pemikiran kita sikit. Kalau dulu kita fikir mcm mana nak majukan bangsa kita, sekarang ni kita sendiri kena fikir mcm mana nak bersaing dengan masyarakat global plak. Bukannya nak cari alasan negatif. Asal kena hantar oversea je..susah lah..jauh la...apelah.... dari awal lagi nak mengalah. Donald Trump sendiri pernah cakap kat aku (melalui rancangan tv la...), nak berjaya kena ketepikan perasaan takut untuk nak ami risiko. Risiko adalah kejayaan dan keberanian bukannya tak play safe je.
Nasihat aku lah kat pakcik-pakcik tu dan kesemua pembaca blogger lain termasuk diri aku sendiri ni, jgnlah wujud lagi pemikiran kita yg kolot ni. Tak salah kita nak berhati-hati dalam membuat keputusan tapi jgn sesekali meletakkan suatu alasan yg tak munasabah untuk mengelak dari apa yg kita nak buat. Sebab tu bangsa lain boleh maju. Bukan cina saja tapi bangsa lain dalam dunia ni. Sanggup amik risiko.
Macam bapak aku sendiri cakap. Kenapa ulat dalam batu boleh hidup? Sebab...ulat tu sendiri amik risiko nak hidup dalam batu dan dia sendiri usaha nak menyesuaikan diri dia duduk dalam batu tu. Kalaulah manusia tak boleh jagi mcm ulat, baik ita jagi kuman je. Sebab kuman takde otak..kehkehekeh.....
Kisah persidangan dewan parlimen akan bersambung esok pukul 9 malam kat warung kopi Bayan Baru...(bukan kat Pokok Cheri). Yang pasti aku takkan join diorang ni sebab aku kebetulan lepak sana dengan member aku. Lagi pun takde masa nak lepak kat sana kalu setakat nak 'bombang' mende remeh sedangkan bayak lagi perkara lain boleh buat.....
No comments:
Post a Comment