Friday, April 28, 2006

Surat terbuka Tun Dr. Mahathir

Aku baca Utusan online tadi. Topik yg menarik bagi aku sepanjang minggu ni ialah Tun Dr. Mahathir kemukakan 16 perkara tentang kes tambak Johor. Sejak Kerajaan Malaysia menarik balik hasrat unutk menghentikan pembinaaan Jambatan Indah yang menghubungkan 2 negara.

Aku geleng kepala. Bukan tak setuju dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir tetapi aku geleng kepala sebab cara kerajaan Malaysia menangani masalah tersebut. Pendapat aku seolah-oleh Malaysia terlalu tunduk dengan segala kemahuan Singapura dan tak salah kalau aku cakap seperti kena buli.

Ketika Tun masih menjadi perdana menteri, Pm Singapura ketika itu membenarkan kerajaan Malaysia membina jambatan tersebut tanpa bersyarat malah kerajaan Singapura meminta agar tambak sebelah Singapura tidak dirobohkan.

Soo sekarang ni plak ketika kerajaan Malaysia nak membina jambatan tersebut, pelbagai tuntutan dan syarat dikemukakan antaranya pemberian pasir kepada kerajaan Singapura dan lebih menyakitkan hati lagi ialah penggunaan ruang udara Malaysia di sebelah Johor untuk latihan tentera udaranya. Bagi aku tuntutan tersebut melampaui batas dan seolah-olah mencabar kesabaran dan kedaulatan negara kita. Adakah dek kerana sebatang jambatan yg kita bina itu pun disebelah sempadan kita, kita terpaksa berkorban segalanya? Tak wajar kan?

Bukan aku anti Singapura. Bukan aku nak membeci jiran kita sendiri. Tapi maaf kalau aku sebut kerajaan Singapura seolah-olah lupa daratan dan tidak lagi mengamalkan sikap kejiranan. Tgk sajalah rakyat Singapura yg dtg ke Malaysia, memandu di lebuhraya melebihi had laju melampau dan tahun lepas PDRM membuat kenyataan rakyat singapura yg dikenakan saman tetapi masih TIDAK MEMBAYARNYA berjumlah berpuluh juta ringgit. Aku percaya saman yg dikeluarkan sudah pun berusia bertahun-tahun. Kalaulah negara Malaysia tidak mengamalkan sikap diam dan tak perlu bising pasti ramai rakyat Singapura yg dtg ke sini ditahan. Sebaliknya apa yg terjadi kat rakyat Malaysia sendiri? Waran tagkap dikeluarkan tetpai rakyat Singapura yg disaman bebas keluar masuk di Johor.

Sebaliknya, Singapura dan Malaysia harus berkerjasama dengan lebih erat. Soal jambatan menggantikan tambak Johor, apakah rugi bagi Singapura kalau nak terima pembinaan jambatan tersebut dan masing2 membinanya sendiri? Cuba kita fikir ? Satu kerugian pun takde. Sebaliknya dua-dua pihak mendapat manfaat kerana pembinaan jambatan tersebut menyebabkan kegiatan ekonomi setempat dan serantau lebih luas dan kegiatan nelayan akan lebih terjamin. Kerana laluan air di selat tersebut lebih mudah dan ekosistem hidupan bawah air lebih meningkat.

Aku banyak jugak baca news ni. Antara yg menarik perhatian aku ialah surat Tun. Dr. Mahathir kepada kerajaan Malaysia sendiri. Tun Dr. Mahathir meminta kita tegas dengan pendirian kita tanpa berkompromi dan mengira sebarang tuntutan Singapura. Jika dilihat sekalipun, Singapura sendiri tahu bahawa pembinaan jambatan indah tersebut tidak membawa sebarang kerugian bg mareka kerana jambatan tersebut dibiayai sepenuh oleh kerajan Malaysia dan pembinaan jambatan tersebut merupakan rentetan untuk infrastructure upgrade bagi laluan keluar masuk pintu kedua buah negara. Untuk mengelakkan kesesakan, memudahkan perjalanan keluar masuk, membina semula laluan air laut yg tersekat dan secara tidak langsung menambah kegiatan ekonomi kedua pihak. Sebaliknya jika ini yg diketahui oleh Singapura kenapa syarat dan permintaan menjadi agenda utama mereka ?

Secara peribadi, Singapura melakukan serangan politik dan psikologi terhadap Malaysia seolah-olah ingin menunjukkan bahawa Singapura yg mencorakkan kegiatan ekonomi dan infrastrutur disebelah selatan semenanjung. Dengan tuntutan, alasan dan permintaan yg tidak munasabah, Singapura cuba bermain psikologi dengan Malaysia. Kerana mereka berpendapat kita terlalu lemah. Cukuplah dalam surat tun Dr. Mahathir tersebut dengan berkata


"Saya juga mahu rakyat faham sikap dan tindak-tanduk Kerajaan Singapura serta dakwaan Kerajaan Malaysia yang ia memberhentikan pembinaan jambatan itu kerana isu undang-undang dan kerana sentimen rakyat yang tidak sanggup menyerahkan ruang udara serta penjualan pasir kepada Singapura, dan ini disalahertikan secara sengaja bahawa rakyat tidak mahu jambatan. Rakyat mahu jambatan tetapi menolak syarat Singapura, kerana ia tidak berasas dan bukan hak Singapura. Singapura sangat gemar mencetak surat-menyurat antara pemimpinnya dengan pemimpin Malaysia dengan tujuan membuktikan yang ia di pihak yang benar."


Mungkin kerajaan Singapura mempunyai niat yg tersirat atau peribadi. Kerana sejak perbalahan mengenai isu harga air yg dijual kepada Singapura, kerajaan Singapura seolah-olah naik kepala dengan tindakan mereka sendiri. Tidak keterlaluan kenyaan mereka yg KURANG AJAR mengatakkan bahawa mereka tidak teragak-agak akan menyerang Malaysia jika kita mahu menyerang mereka.

Persoalannya:

1) Apakah sejak isu harga air sehingga sekarang. Malaysia pernah membuat kenyataan bahawa kita akan menggunakan tindakan ketenteraan terhadap mereka?

2) Pernahkah kita mengugut mereka dengan mengatakan kita akan melakuan tindakan keras(tentera) jika mereka tidak mahu menyelesaikan isu-isu yg pernah dibangkitkan?

3) Pernahkah sejak hubungan Malaysia-Singapura agak goncang, kita pernah melakukan military eksais dimana-mana sempadan Malaysia-Singapura kononnya mahu menunjukkan kekuatan kita dan mencabar mereka?

4) Pernahkah kita mengambil pendekatan dengan mengubah doktrin ketenteraan secara tiba-tiba kononnya untuk berperang dengan Singapura?

5) Adakah selama ini isu yg dibangkitkan kita tidak pernah mahu berunding dengan mereka untuk menyelesaikan sesuatu isu?

Soalnya sekarang kenapa kenyataan kurang ajar Singapura tersebut lebih terbacul di mulut mereka sendiri seolah-olah mengatakan bahawa mereka tidak teragak-agak untuk menyerang kita. Bukan niat untuk meminta agar peperangan ini berlaku. Tidak sama sekali. Tetapi fikirkanlah, sekiranya peperangan berlaku, mampukah mereka menyerang kita?

Secara peribadi, Malaysia terlalu lembut dengan jiran mereka, Malaysia terlalu lebih ambil pendekatan face to face sedangkan mereka tidak pernah. Malaysia terlalu baik dengan jiran mereka. Ingatlah, buat baik berpada-pada buat jahat jgn sekali. Jika terlalu baik kepala kita akan dipijak, jika terlalu jahat, kita akan dibenci. Sedih jika memikirkan hal ini. Aku percaya tidak semua yg menyokong tindakan kerajaan mereka sendiri. Mahu pun rakyat Malaysia dengan kerajaan Malaysia sendiri.

Apa yg lebih penting bagi kita ialah Ego menjadi salah satu penebab utama kita sampai sekarang tidak mampu menyelesaikan sesuatu perkara. Besar kepala, penting diri sendiri dan suka mengambil kesempatan terhadap org lain. Fikir-fikirkanlah. Aku berharap sangat agar isu ni akan diselesaikan secepat mungkin.

Sekiranga isu ini masih tidak diselesaikan, hati rakyat Malaysia akan sentiasa panas dengan kenyataan mereka dan tindak tanduk kita yg lemah. Biar keputusan dibuat agar masing-masing mencapai persetujuan dan masing-masing mendapat kelebihan. Bukan konsep 1-0 tetapi seri.


Klik di sini untuk membaca Surat Terbuka Tun Dr. Mahathir mengenai Jambatan Bengkok

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...