Saturday, April 29, 2006

Bed time story


Yesza...sajer aku tulis blog ni. Tetiba rasa rajin hari ni. Semalam hari palingg bz bagi aku. siang dengan keje aku dan malam dengan aktiviti aku. Main badminton kol 12-2 pagi. Balik umah terus siapkan keje aku yg tak settle. itu pun sejam je sebab terlalu kepenatan. Aku tertidur atas katil. (yerla takkan nak tertido atas monitor pc lak kan)

Oh ye...aku nak share something pengalaman aku masa keje dulu. Tak silap aku tahun tu tahun 2004. Aku balik cuti semester 3 minggu. Kalau cuti je 3 minggu mmg konpem aku keje ngan cousin aku kat sini. Selain nak minghilangkan rasa busan cuti, boleh tambah duit poketkan. Nak jadikan citer masa tu company aku keje tu dapat stok notebook baru. Lagi pun diorang buat renovation kat lobby company letak 'gallery' notebook. Mostly yg baru semua diorang kat situ. Harga jgn cakaplah. Mau kat RM5k-Rm9k punya notebook. tertelan air liur aku tgk notebook. Yg mnarik minat aku notebook Acer Ferrari Series. Kaler merah.

Waktu tu aku ditugas kan untuk jaga bahagian bawah. bahagian teknikal yg selalu aku keje dah penuh sebab diorang amik staff baru kat situ. Keje kat bawah pun kire ok gak sebab tak ramai org. Lagi pun boleh rilex skit. Jadi promoter untuk product gallery kat bawah.

Nak dijadikan citer dalam kol 3 petang mcm tu, aku nampak ader sorang apek ni masuk dalam kedai. Umo dalam lingukan 50 tahun. Memula aku pandang apek tu. Aku buat tak layan. Aku budget sebab apek tu saje je masuk. Kengkawan aku lak yg lain bila nampak apek tu masuk terus blah pegi tempat lain. Ciss..mmg tinggal aku sensorang je kat depan tu. receptionist ader 2 org tapi diorang buat tak reti je. Aku ingat lagi, apek tu pakai. T-shirt pagoda kaler putih dengan seluar pendek kaler coklat gelap. Pakai sandal lusuh. Aku pandang apek tu aku tahu dia mencari sesuatu. Rasa-rasa aku apek ni salah kedai kot. KOt nak beli sayur tapi ingat kedai komputer ni jual sayur lak. Ahahaha....

"Yes uncle..gewd evening...nak cari apa uncle?" Aku tanya apek tu.

Apek tu senyum kat aku. Aku nampak cara dia mmg ramah. Aku terkejut gak sebab apek tu pandai ckp bahasa melayu. Kalau org tak tgk muka dengar suara, mmg org akan cakap tu melayu. Last apek tu cakap dia nak belikan notebook untuk anak perempuan dia yg berlajar kat kolej kat kl. Apek tu cakap, zaman sekarang org muda dah tak mcm dulu. Nak apa je mintak. Sekali peg ikolej mau ket beribu habis. Nak beli itulah inilah. Aku hanya melayan apek tu. dalam hati aku tahu Apek tu mmg tgh takde duit. Dia pusing galeri tu. Dia tanya aku satu persatu pasal notebook. Harga, warranty, kualiti dan yg penting dia tanya aku ok ke tak unutk student.

Aku tersenyum tgk gelagat apek tu. Dia tak tahu pasal komputer tapi dia sanggup bertanya kepada aku pasal notebook semata-mata nak cari yg terbaik unutk anak dia. Lantas...aku cadangkan kat apek tu notebook yg murah. Takde branded. Aku cadangkan notebook yg berharga RM2.6K. Aku siap cakap boleh dibayar secara ansuran melalui pakej yg ditawarkan oleh syarikat aku bekerja. Apek tu cakap kat aku. Buat ape nak bayar skit skit. Dia tak nak tangggung hutang. Dia lebih suka beli secara terus dan cash.

Aku perasan kelibat rakan2 aku yg mlarikan diri tadi. Semua tgh tgk aku dari jauh. Ada yg tergelak melihat aku mlayan apek tu, dan ada yg tersenyum perli melihat aku.

"Abisla kau...layan apek tu...sekali dia tu tak betul."

Tu antara beberapa ayat yg aku dengar. Borak punya borak, puas aku explain kat apek tu tentang pakej pembelian notebook ni. Sekali dia tunjuk kat aku notebook Acer Ferrari. Dia kata suka kaler merah sebab bawak ong. Aku terkejut sebab aku tak sangka notebook yg berharga RM8K tu menjadi pilihan apek tu. dari cara pemakaian, cara bercakap dan cara dia melihat barang2 dalam kedai aku tahu dia bukanlah dari org berada. AKu cuma kesian tak nak promote barang mahal kat dia sebab aku tak nak membebankan dia.

Kerana nak amik hati apek tu, aku amik notebbok dari table dan aku tunjukkan kat dia. Dia belek dengan penuh berhati-hati. yg aku suka tgk apek ni dari awal sampai la aku bawak notebook tu muka dia senyum je. Mmg ramah apek ni. Susah nak cari org mcm ni. Tetambah org cina mcm ni. Mostly customer yg dtg kebanyakkan nak tunjuk kerek je ngan aku.

Aku selesa layan apek ni. Sambil dia membelek notebook tu, aku explain kat apek tu pasal notebook tu. Aku cakap kat dia, kalau tak dapat beli kete Ferrari, beli notebook ader cop ferrari pun kire jadilah. Dia gelak je.

"OKlah..uncle amik notebook ni. Bila boleh settle?"

Sekali lagi aku terkejut tapi aku buat-buat biasa.

Memandangkan notebook ni baru sampai semalam, Apek ni adalah first customer yg beli notebook ni. Aku teringat pesanan bos aku. Saper yg first beli notebook ni akan dapat thumbdrive 128mb ( tahun 2004 kire 128 tu kire besar gakla) free dan dapat aksesori notebook seperti notebook stand, mouse optikal dsb. Aku tanya apek tu, nak bayar cara mcm mana?

Apek tu keluarkan wallet dia.......nah kau !!!!!!!!

Mastercard platinum !!!!

Sekali lagi dia merungut kat aku, nak bawak duit beriban riban secara cash dia tak berani sebab takut kene curi. Soo kalau pakai credit card okey?

Aku yg masih terkejut dan tercengang hanya mampu menjawab ya. Lantas aku pegi kat member aku yg tgk aku. Dengan muka blur aku tunjukkan kad credit apek tu. Ramai yg terkejut dan lantas diorang prepare untuk pembelian notebook tu. Aku arahkan kawan aku pegi amik stock dan kerani membuat beberapa document untuk pembelian notebook tu.

Aku pegi kat apek tu dan aku offer apa2 sahaja yg boleh aku tolong dan dia tanya aku, bila boleh siap. Aku cakap memandangkan notebook ni baru sampai stock notebook ni terpaksa di ambil kat cawangan kat tempat lain. Lebih kurang setengah jam. Dia kata its ok dan dia nak tunggu kat situ. Aku offerkan apek tu hot coffee dan aku tanya anything to eat.

Adalah menjadi polisi company aku keje, kalau mana mana customer yg membeli barang yg terpilih melebihi RM5k akan dilayan seperti VIP. Sesambil mengunggu process pembelian siap, aku berborak dengan Apek tu. Menurut kata dia, dia tak pernah bekerja. Hanya anak-anak dia yg menjaga dia sejak diorang bekerja. Dia ada 5 org anak semuanya berjaya dalam kerjaya dan anak dia yg bongsu sekarang ni berlajar kat Sunway College. Sebab itulah dia membelikan notebook ni untuk anak dia.

Lebih kurang setengah jam, proses pembelian notebok dah selesai dan aku serahkan kotak notebook dan lain2 kat apek tu. Apek tu ckp kawan dia yg bawak dia dtg sini dan kawan dia tgh tunggu tempat lain dan dia mintak aku call kawan dia tu suruh dtg. Dalam 15 mint kawan dia dtg dengan BMW 7 Series dan abrulah aku tahu bahawa kawan yg dia maksudkan itu adalah driver dia. Aku tlg letakkan barang dalam kereta dan yg paling aku ingat dia kata, terima kasih sebab tlg layan dia. Kalau ada masa dia akan dtg jumpa aku dan belanja aku minum.

Sejak dari peristiwa tu, aku selalu terfikir, kenapa dikalangan manusia yg pernah aku jumpa, yg hidup sgt kaya, kenapa susah nak cari manusia yg berskap sederhana dala msegala hal walaupun mereka tergolong dlam golongan kaya. Series..jika dia tak memakai kemeja, bertali leher, kasut kulit yg mahal, sampai bila pun aku tak tahu yg dia adalah golongan berada. Itulah pertama kali aku melihat kad credit mastercard platinum. Kerana sekeping card itu lah yg menunjukkan siapa dirinya yg sebenar.

Dari cara percakapannya jauh sekali nak menunjjukkan dia seorang yg memeintangkan status. Orgnya mmg ramah, sentiasa tersenyum dan tidak pernah menunjukkan sifat ego.

Siapa kata keje takde pengalaman. Mmg best apa yg aku lalui tu. Dan sejak itu, aku tak pernah jumpa dgn dia.

Moral dari citer ni --->> don't judge the book by its cover dan jgn sesekali bersikap kerek kala udah kaya. Kalau nak shopping stakat credit card je nak pakai tapi hutang tak leh bayar tak guna jugakkan. ahaha...jgn berlagak kaya kalau bukan kaya..sebab akan bertambah kayap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...