Saturday, April 8, 2006

Tajuk??? Ntahh..



Semalam aku termengung dalam bilik. Mmg bosan giler. Aku cari sumber bahan2 untuk aku menghilangkan bosan ni. Sekali amik kau aku maraton 3 movie sekali gus. Hihi...

Oh ye...tu waktu mlm. Waktu siang, aku banyak tido je. Lepas semayang Jumaat, aku terus pegi lunch. Ingat aku nak sambung tido disebabkan mlm sebelum tu aku tido hanyalah 4 jam. Menyiapkan kembali artikel aku yg Encik Fuad soh aku buat. Yooouush....I'm coming back bebeh. Aku sebenarnya rasa bengkek pun ada sebab sejak aku buat artikel pasal military kat sebuah magazine (sori tak leh kasi tau, nanti kene band..wakakaka), aku selalu je kena reject. Aku pun faham situasi aku sebab aku hanyalah freelance je untuk magazine tu. Soo aku tak leh nak expect semua artikel aku dapat keluar mcm tu je. Nanti full time jounalist kat situ semua gulung tikar.

Yg buat aku rasa bengkek tu setiap kali aku dapat email dari pihak editor, selalu kena reject. Soo far aku hantar 3 artikel aku dah disiarkan. Alhamdulillah. Takpelah kene reject atleast aku dah mencubakan. Yg bengkeknya..lepas 2 bulan je artikel aku kena reject, tup..tup..artikel aku tu masuk magazine, tapi bukan nama aku sebagai pengarang. Org lain. Mmg artikel tu dah berlainan sedikit dari aku punya, tapi telah di campur adukkan oleh diorang. Senang cakap yg mana kekurangan, diorang tambah, edit, cut, paste dan jadi artikel baru yg semestinya lebih baik dari aku. Aku hormat editor ngan journalist diorang sebab bukan calang-calang org. Bukan mcm aku. Cuma amik tahu pasal military melalui pembacaan, pengalaman yg ciput, info secara lisan dan dari internet.

Diorang ni mmg otai dah, pengalaman berbelas tahun dalam military journal, pernah attend seminar pasal military, bekas pegawai teringgi angkatan tentera, pemerhati pertahanan dan antara org yg dihormati dalam komen bab military ni.

Nak buat artikel mmg susah. Ni honestly aku cakap. Bukan sekadar tahu banyak info tapi yg penting kena tahu semua info pasal military - pengamalan, sejarah, evolusi, doktrin pertahanan teknologi terkini dsb. Mcm aku bila sebut je nak buat artikel, abis satu website, satu journal, satu buku aku bukak. Sebab nak cari info. Kekadang apa yg kita buat tu mmg kurang menepati citarasa dan standardize diorang. Bayangkan minimum 6 muka surat, tak termasuk gambar, kena ada 5 bahagian dalam artikel, sekurang kurangnya kena ambik 4 sumber rasmi yg telah dikiktiraf, kena huraikan secara terperinci dan akhir sekali yg part susah - kesimpulan/analisis menyeluruh.

Aku buat mende ni bukan sebagai kerja utama aku tetapi sebagai hobi dan minat. yess..aku minat sgt dalam military. Jadikan minat aku tu sebagai hobi aku nak hantar artikel. Senang cakap takyah nak pening kepala. Org lain yg jadi full time journalist kena cari sumber setiap bulan, aku lak suka suki je nak hantar bila. Ihikss...Cuba pikir berapa ramai org minat military? Sikit jekan.

Lepas sembahyang Jumaat, pegi lunch. Jumpa dengan kawan aku sorang ni. Kira stok kawan lama gak la. Lepas jumpa aku bergegas ke self-service laundy. Malas nak hantar dobi sebab kene tunggu sehari. Lagi pun baju aku dalam almari dah tinggal sikit je. Ihiks..mampos aku takde baju.

Lepas settle semua aku tertido. Berhibernasi jap. Sedar tak sedar bangun lewat. Aku check handphone aku, ada 4 misscall. Perghh...anak saperla yg misscalled ni. Seperti biasa mata air call dan satu panggilan yg aku agak terkejut sikit. Dari kawan lama aku Issam. Time mcm ni la takde credit. Nak call balik, aku amik keputusan nak call Issam lewat mlm. Aku duduk depan pc, surfing dan chat. Tetiba je tinggap umah aku terbukak dengan sendiri dan aku terdengar suara yg aku sgt2la cam. Issam!!

Ekceli kawan aku ni call aku tadi sebab dia dalam perjalanan dari KL - Muar. Sambil tu dia singgah jap kat Melaka nak cari aku. Tu yg dia call aku tu. Issam balik cuti kejap sementara minggu depan nak balik KL. Lama tak jumpa Issam, aku berborak ngan dia dan aku ajak dia kuar makan ngan aku.

2-3 sebelum ni, aku jumpa ngan kawan aku gak. Putrashah. Lama aku tak jumpa kawan aku ni. Sejak dia tak duduk dari umah aku, aku jarang dengar khabar berita dari kawan aku ni. Sekali jumpa, lepak kat kedai mamak kat 3 jam. Borak pasal kete, pasal aweks-aweks, pasal keje, pasal problem, pasal kengkawan lama dan mcm-mcm la. Dah kata tak jumpa kan. Aku mmg suka borak ngan mamat ni. Dari citer serius sampai ke citer kelakar semua boleh masuk. Itulah kitorang. 7 tahun beb kenal. Last aku jumpa dia, dia dah berjaya menconvertkan ketenya dan dirinya sendiri kepada Evo. Mmg berubah wajah kete dia. Senang cakap mcm pakai Fair and Lovely la (betul ke ejaan ni..belasah jekss).

2 hari lepas call boss aku. Hilang sabar punya pasal sebab cek gaji aku tak issue lagi. Nak je aku seligi biji halkum mamat ni. Bos tak bos, hak kita kena amik kira gak kan. Nasib baik bos aku ni kasen aku sendiri. Soo aku marah dia pun dia tak kisah. Alhamdulillah cek aku akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu. Yuhuuu!!..

Tahniah buat Kak Sal sebab dapat baby perempuan. Aku dapat email dari suami dia. Comel lak tu. Erk..bukan suami dia yg comel ok..anak dia pls...Sebijik mcm muka mak bapak dia. Ahaks...Kak Sal..Kak Sal..ni pun salah sorang akak angkat fave aku ni. Aku ada sorang je akak angkat. Mmg baik dengan aku. Kenal masa aku keje kat Rasa Gourmet Restaurant dulu. Kak Sal manager Sugar Bun yg terletak sebelah je restoran aku keje tu. Selalu pegi sana beli roti cheese roll and tuna. Alamak, meleleh dah air liur aku nie. Sluurppp....ahahahaha...

Oh ye..kepada geng geng aku...mlm ni seperti biasa, pertarungan antara hidup dan mati akan bermula. Pukul berapa, aku tak sure tapi konpem mlm. Bawak senjata masing-masing. Pertarungan melibatkan maruah dan nyawa. Nanti ape ape hal aku kontek korang balik. Kiter main badminton.

Okeh, korang asik baca blog aku ni, tak kesian ke kat aku. Penat dah tulis ni. Aku nak rehatkan diri jap. Selamat pagi semua..selamat pagi Malaysia, selamat pagi Teysha dan selamat pagi buat semua kengkawan aku di semenanjung, Sabah, Sarawak, Asean dan kawasan yg sempadan dengannya.

ZZaaaass!!...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...