Mann..I love this song. Aku tetiba leh lupa lak lagu ni. Masa tgh dok lepak kat lab, sekali member aku bukak lagu ni. Wahaha...lagu sedih...hurmm... :|
**********
Semalam aku sembang ngan bapak aku. Banyak menda menda yang aku sembang. Soal future aku, soal hal aku sekarang dan mcm2 lagilah termasuk soal nak makan apa mlm nnt. Wahaha....
**********
Semalam jugak, aku agak kurang selesa dengan cara makcik aku buat kat aku. Al-kisah lepas balik dari kenduri kat umah kawan aku, aku decide nak gi majlis pertunangan cousin aku kat Kulim. Kebetulan dia balik dari KL. Soo memandang aku dah lama tka jumpa cousin aku ni dan dia nak bertunang soo aku pun pegilah.
Mcm biasa bila pegi, ramai sedara mara yang aku jumpa. Haha...family sebelah bapak aku ni mmg jenis suka buat ramai beb. Sebab ikatan kekeluargaan kami mmg sgt erat. Kalua ada kenduri je semua nnt nak turun, termasuk majlis engagement cousin aku ni.
Semalam masa tengah dok lepak-lepak ngan cousin aku yang lain tetiba mak cik aku panggil aku. Dia kata urgent sangat. Ishk....aku tak faham. tak pernah dia buat urgent mcm ni. Dia tarik tangan aku terus pi introduce kat kawan dia. Yang kebetulan dtg kat majlis tu. Kawan dia kebetulan duduk area umah kat cousin aku yang bertunang ni. Abih dia buat ramai kata aku ni single lah..tak kawen2 lagi lah. Mak dia tgh dok cari calon lah.
Aku lak terus termalu dan terdiam tak tau nak cakap apa. Aku tgk mak aku pun mcm blur ja. Adui laa....aku cukup tak suka cara makcik aku ni suka sangat buat ramai dan mami jarum dari dulu lagi. Apa lagi dia introducekan anak kawan dia kat aku. Hurmm...siap buat kecoh lagi. Dok sibuk sangat nak kenenkan aku ngan anak kawan dia ape hal. Aku tau aku nak cari sendiri. Bukan masalah dia pun. Dulu masa aku susah..siap ngata kat aku lagi, siap salahkan aku semua apa yang jadi. Skang ni nak atur plak hidup aku dengna siapa aku patut 'couple' dan aku patut dijodohkan. Sorry to say my makcik but dalam hati aku cakap "WTF !!!"
Aku tak suka dibuat mcm tu. Kawan dia plak dok bising mcm mami jarum. Tarik tangan anak dia soh aku sembang ngan anak dia. Aku jadi rimas. Dek kerana nak amik hati dan tak nak berlaku biadap dan nak menjaga air muka mak dan bapak aku, aku tegur minah ni. Aku buat2 sembang ngan dia mcm biasa. Sebab aku tak nak nnt depa tarik muka dengan aku.
Yang aku tak puas hati, knp makcik aku beria-ria sangat nak kecoh2 depan sedara-mara aku yang lain? Kenapa sembang nak buat ramai sangat depan makcik n pakcik aku yang lain? Kenapa dok sibuk sangat dok kata " Lepas ni dia lak turn makan nasik miyak plak" sambil dok cuit kawan dia?
Please la..aku ada akal dan perasan jugak. Aku ada akal untuk nak pilih siapa yang aku suka dan siapa yg aku nak. Dan aku pun ada perasaan untuk suka kat sapa atau tak. Yang nak kawin esok2 nanti bukan makcik aku. Yang nak kawin esok aku. Sorry makcik...I already have someone that I lovvveeeeeee her sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo muchhhhh !!! Ahahahaha..amik kau.
The thing is, aku tak marah pun. Nak rasa down or pressue pun tak. Aku siap tergelak lagi lepas aku sembang ngan minah tu then aku pi kat mak aku. Mak aku heran. Mak aku tanya kenapa aku gelak. Aku senang ja jawab "Pandai sangat atoq hidup orang." Mak aku senyum ja.
Aku tanya kat mak aku "Mak, pilihan hati mak untuk Pojie sapa?"
Mak aku tgk ja muka aku.
"Mak tak kisah. Pojie sendiri yg patut buat keputusan ni. Mak tak nak nnt bila mak n bapak tentukan siapa patut jodoh ngan Pojie nnt lepas tu Pojie tak bahagia buat apa. Tak bahagia means bukan pilihan kami tu tak baik, tapi Pojie tak leh hidup dengan dia sebab Pojie tak pernah sayangkan dia. Buat apa? Pojie pilihlah siapa yang terbaik untuk Pojie. Mak n bapak tak nak tentukan. Asalkan kami tgk dia baik dan mampu bahagiakan Pojie, baiklah untuk kami."
Aku diam je. Aku merenung ke tanah. Cuba pikir balik apa maksud mak aku.
"Kenapa? Pilihan Pojie sekarang ni tak baik ke? Pojie tak suka ke kat dia?" Mak aku bertanya.
"Iskk..taklah...saja tanya. Sebab Pojie tak nak nnt mak n bapak tak suka dengan keputusan dan pilihan Pojie sendiri."
"Mak Bapak mana tak nak tgk anak dia bahagia....tapi POjie kena pilih apa yang terbaik untuk Pojie. Pojie sendiri boleh menilai siapa yang ok dan siapa yang tak kan?" Mak aku cakap dengan nada serious.
"Mak rasa makcik buat tadi tu melampau tak?"....
"Biaq pi kat dia. Dia mmg mcm tu sejak dari dulu. Dia mmg sayangkan hang. Cuma mulut dia tu saja kekadang mcm tu. Dia dok bela dan jaga hang dari hang baru lahir lagi. Dulu masa hang sakit masuk hospital, sapa dok kalut naik bas dok duduk dari pagi sampai petang kat wad teman hang? Dia jugak kan? Dia mmg sayang kat hang. Cuma perangai dia tu saja yang kekadang over. Hang bukan tak tau makcik hang tu mcm mana. Suka buat ramai. Biaq pi lah. Jgn layan sangat...."
"Hurm..." aku diam ja...malas nak pikir pasal ni.
Aku teringat dulu masa aku break. Setahun lepas tu. Makcik aku dok sibuk carikan calon untuk aku. Siap kena paksa lagi. Siap kena kenen ngan anak mamak lagi siott !!! Wahaha...lawak tol. Yang aku tak suka..ramai makcik aku dan pakcik aku termasuk cousin aku sendiri yang tak menyebelahi aku. Mak bapak aku pun dah nak terikut dah cakap depa. Tapi mak bapak aku tau yang aku ni jenis keras kepala. Tapi at last depa masuk jugak belah aku. Apa depa kata..biaqlah bagi dia recover sket. Dia dok tgh pening tu. Bagi dia cari sendiri kan senang. Then depa diam. Cousin aku lak siap camdek aku lagi. Bila jumpa ja, kena. Tapi aku buat tak heran. Ada satu hari tu aku ngadap dengan semua makcik and pakcik aku. Aku bagi tau apa yang aku stand for. Aku dengan berani bagi tau yang aku akan cari sendiri walaupun amik masa sepuluh tahun. Kalau aku dah tak leh nak cari sendiri, aku akan serahkan kat mak bapak aku je.
Dulu masa memula aku hampir nak recover dan aku nak pulihkan semangat aku, ramai yg nak tlg aku. Makcik2 dan pakcik2 aku semua cakap. "Buat apa hangdok cari jauh2. toksah dok percaya dah dengan perempuan dok jauh2 ni. Cari yang dekat2 senang. Cari yang jauh2 mcm ni la jadinya. Hang punya dok setia baik ngan dia. Tapi dia main kayu tiga kat belakang tikam hang .."
Hurm..yang ni aku mmg setuju. Dan aku pun dah pikir mcm tu. Aku dah tak percaya lagi pada long distance relationship ni. Aku tau ramai orang lain yang berjaya dan bertemu jodoh dengan cara ni. But bagi aku, aku mmg takkan percaya dan aku takkan bagi komitment untuk long distance ni. Sebab apa yg dah jadi kat aku, dah cukup mengajar pasal ni.
Bila pikir balik pasal semalam, pasal makcik aku nak tergelak pun ada. Apa lah makcik aku ni. Leks la....kalau saya nak kawen...saya cari sendiri kay? Kalau mak bapak saya berkenan dengan calon menantu mereka sendiri...maka baiklah juga untuk saya....
Anyway makcik...I already have someone yang saya dah sayang....cuma makcik je tak tau lagi sebab saya mmg tak nak bagi tau kat makcik..wahahaha !!! Kejamnya aku...
Makcik......
Tolong jangan atur hidup saya kay *wink*
2 comments:
Good to see you bloggin again bro... more personal stuff, very honest, n more jiwang too haha! Keep it up TycoonCyber! - No reason
No reason my bro y'all !!! miss u lah...apa cer skang ni ?? welcome to my blog bro..aku dah lama tka update....saja suka2 nak update..sapa tau blog aku tau lah..hahaha...
Post a Comment