Monday, March 7, 2011

In loving memory


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ketika aku diuji 3 tahun lepas, mcm2 yang aku hadapi. Aku bersyukur kepada Allah yang telah mengujiku kerana aku tahu, kerana ujian Allah lah aku dah banyak mula mengerti dan berlajar untuk mengenali diri aku. Kerana ujian Allah lah aku dah banyak berlajar untuk bersabar, berlajar lebih cekal dan berlajar untuk meneruskan kehidupan aku.

Tak ramai yang tahu insiden aku 4 tahun lepas. Tak ramai yang tahu apa yang terjadi. Hanya kengkawan rapat aku yang tahu. Hanya kengkawan yang pernah tahu betapa kecewanya aku saja yang tahu. Mie, Fieza, Arwah Wanda, Arwah Angah dan Arwah Syikin. Sayang aku baru je tahu. The rest, dioranglah yang byk tahu since memula aku break. Dari 6 orang yang tahu, 3 darinya telah meninggalkan aku selamanya. Membawa segala kenangan aku dan cerita aku bersama mereka....

............................................

Aku bukan jenis suka berbohong. Aku bukan jenis suka putar alam. Aku tahu aku banyak berahsia. Kengkawan aku kat sini byk tak tahu pasal ni. Bukan aku tak nak cerita. The thing is, bagi aku dah cukup perit aku nak mengingati dah cukup perit untuk aku hadapi. Orang boleh kata dan orang selalul kata "Kenapalah buat teruk , pasal awek pun nak amik masa 3 thn nak lupa. Selama ni hang couple break pun bukannya susah, carila awek lain. Dok buat mcm mati bini. Mati bini pun tak mcm ni tau."

Yer...mmg betul...diorang tk tahu disebalik cerita tu, siapa yang buat tahana kat aku. Siapa yang menjadi duri dalam daging kat aku...ada orang tahu ??

Kerana pasal menda ni lah aku kehilangan kengkawan aku. Kerana pasal ni lah aku kehilangan kawan baik aku. Kawan baik aku yang menjadi musuh ketat aku. Ya..dulu dialah kawan baik aku. Aku dah bersumpah, aku takkan maafkan dia sampai ke akhir hayat aku. Kelak aku mati dan sampai ke alam akhirat, aku akan tuntut segala hutang aku dan segala perbuatan dia kat aku. Akan aku tuntut....

Aku bukan jenis pendendam..tapi aku tau Allah itu Maha Adil. Aku sentiasa memakbulkan doa orang-orang yg teranaiya. Allah sentiasa tahu apa yang kita lakukan. Mungkin di dunia dia boleh bersenang lenang, tapi di akhirat kelak, aku akan gunakan mahkamah akhirat untuk menuntut segala keperitan aku dan kesusahan aku kerana dia. Sebab aku tau di sanalah mahkamah yang paling adil untuk aku.

..............................................

Aku dah maafkan dia walaupun aku tau dia banyak menyusahkan aku. Kerana dialah aku jadi mcm ni. Tapi aku tau dia tak bersalah dlm hal ni. Cuma kesalahan dia kerana terlalu mempercayai orang lain. Dan aku sedih kerana dia masih tak percaya kat aku walaupun aku mengenali dia lebih dari 20 tahun. Dia pernah cakap kat aku. Dan dia tak pernah berlajar untuk mengenali aku walaupun lebih 20 tahun aku mengenali dia. Aku tak nak ungkit keburukan dia dan apa yg dia dah buat utk aku. Cukuplah aku katakan dia dah byk kali buat aku jauh hati, dah bayk kali buat aku terasa dan banyak kali buat aku kecewa. Tapi aku masih bersabar dan aku tahu ada hikmah disebalik semua ni.

"Awak tau tak..sepanjang kita kenal, ayah saya sendiri yang saya kenal sepanjang umur saya pun saya tak percaya. Ini kan awak yang baru 20 tahun saya kenal. Lelaki semua sama. "

Kata-kata itulah yang membuatkan aku cukup kecewa......


Untuk awak buat kali terakhir, saya tahu awak akan baca tulisan saya ni. Saya nak awak tahu yang saya dah buang awak jauh dari hidup saya. Saya akui kita tak boleh lupakan memori kita, tp saya nak awak tahu saya dah buang awak jauh dlm hidup saya.

Awak...tak perlu lagi cari saya. Awak terukanlah kehidupan awak yang bahagia tu dengan suami awak, dengna orang yang pernah awak kata awak percaya seumur hidup awak. Dialah yang awak perlu percaya seba bdia suami awak sekarang.

Awak..please jgn ganggu lagi hidup saya. Segala kenangan kita, gambar kita, hadiah yang pernah awak bagi kat saya, even cincin yang awak belikan kat saya semua saya buang jauh2. Saya tak perlukan semua tu lagi untuk mengingati awak. Saya tka perlukan semua tu untuk mengimbau kembali kenangan manis kita. Biar saya anggap awak hadir dalam hidup saya sebagai kenangan pahit untuk saya. Saya dah buang jauh2 dah. Takde satu pun barang2 awak saya simpan. Even sekeping hati yang pernah awak bagi kat saya sebelum ni.

Awak, 20 tahun kita kenal, awak dah mensia-siakan persahabatan kita. Saya penat awak, penat berkawan dengan awak. Sebab 20 tahun kita kenal awak ta kpernah menghargai saya. Awak lupa apa yang saya pernah tlg awak. Masa awak sakit, masuk hospital dulu, siapa yang sanggup amik cuti semester kerana menemani awak? Siapa yang sanggup bercuti dari berlajar semata-mata untuk memberi sokongan kat awak ketika awak sakit?

Awak tka pernah hargai semua tu. Byk lagi awak, banyak lagi. Cuma saya tak nak sebut kat sini je.

Cukuplah perhubungan kita selama 20 tahun sekadar tinggal dalam kenangan. Saya dah serik untuk mengenali orang mcm awak. Saya dah serik untuk menyambung kembali persahabatan kita. Cukuplah...

Awak, tlg lah jgn ganggu hidup saya lagi. Jgn hadir dalam hidup saya lag iwalau pun hanya untuk sesaat. Awak teruskanlah kehidupan awak di sana. Saya tau awak tak bahagia sekarang. Takpelah, saya akan doakan kebahagian untuk awak.

Awak, saya tahu awak tgh sakit sekarang ni. Awak yang cakap. Saya minta maaf ketika awak menelefon saya tempoh hari, saya tak menunjukkan sikap simpati kat awak. Saya sebenarnya simpat ikat awak. Saya sedih sebab awak sakit tapi awak, saya minta maaf saya tak mampu untuk menerima awak lag idlm kehidupan saya. Saya tka mampu lagi mengharungi kepreitan mcm dulu. Saya akan doakan agar awak sembuh kelak. saya tahu family awak akan tlg awak suatu hari nanti.

Awak, lepas ni tlg jangan ganggu saya lagi. Saya tak nak sebab kerana awak hubungan saya dengan dia akan terjejas. Saya tak nak mcm mana husband awak buat kat kita, mncm tu awak akan buat kat saya. Awak, tlg lah mengerti yang saya nak life saya sendiri.

Awak, saya dah maafkan segala kesalahan awak kat saya. Segala mkn minum, pengorbanan saya kat awak saya dah halalkan dari dunia hingga ke akhir hayat. Awak, maafkan kesalahan saya kala uselama kita berkenalan saya dah byk menyusahkan awak saya dah byk buat awak sedih. Saya tahu dlm hal ni saya pun bersalah. Cuma apa yang saya nak kemaafan dari awak.

Biarlah kita membuat haluan masing2...saya akan sentiasa doakan kebahagian untuk awak agar awak lebih tabah. Saya dah merasa awak mcm mana nak berlajar untuk menjadi tabah dan sabar. Saya dah berlajar. And i learn it in a hard way. Bukan senang awak.

Awak, saya nak awak tahu saya amat menyayangi orang yang saya cintai sekarang ni. Soal siapa dia, awak tak perlu tahu. Soal siapa yang lebih baik sama dia atau awak, itu saya yang tahu. Soal siapa yang lebih memahami siapa, itu soal saya. Awak tak perlu tahu semua tu. Cukuplah awak dah menyusahkan saya. Tak perlu menyusahkan org lain lagi. Saya takkan biarkan awak kacau hidup dia dan saya takkan biarkan awak ganggu dia. Awak tak perlu untuk mengenali dia sebab cukuplah saya mengenali awak selama 20 tahun yang penuh keperitan. Cukuplah...

Awak, saya dah merasai mcm mana sia-sianya persahabatan kita selama 20 tahun. saya masih ingat ketika bermula perkenalan kita sejak kita mula2 masuk sekolah rendah, awak dtg cari saya. Sebab saya takde kawan masa tu. Awak hulurkan tangan dan saya menyambutnya. di situlah kita kenal. Kita menjadi semkain rapat sehinggalah awak berpindah ke KL. Cukuplah perkenalan kita. Kalaulah ditakdirkan saya tidak mengenali awak, saya mungkin takkan kecewa kerana awak. Tapi awak saya bersyukur kerana sebab awaklah yang membuatkan saya berlajar erti kesabaran dan berlajar untuk tabah.

Awak..untuk kali terkahir....terima kasih utk segalanya yang awak pernah hadir dalam hidup saya. saya akan ingati segala kebaikkan awak untuk saya. Saya akan ingati segala kenangan kita. Cukuplah kenangan kita sudah menjadi sejarah yang tidak akan mungkin berulang kembali. Biarlah coretan ini menjadi yang terakhir pasal kita. Selepas ini, biarlah ia tinggal menjadi kenangan bagi kita. Saya dah tka mahu sebut dah pasal awak sebab saya thau bila saya sebut pasal awak, perasaan saya akan menjadi hiba.

Awak, thanx for everything....


Photobucket

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...