Saturday, March 26, 2011

Memories last forever....


Semalam...lepas balik dari kerja, aku tgk banyak baju aku tak kena iron lagi. Huh..byk tol. Inilah akibat kemalasan melampau. Aku susun baju yg tak iron lagi di suatu ruang supaya esok bila aku offday, aku boleh iron baju-baju aku. Lepas aku iron, ntah kenapa aku teringat nak selongkar kotak bawah katil aku. Dah bertahun aku tak bukak kotak tu. Rasa2 aku hampir tahun dah. aku bukak kotak tu.

Kotak yang aku simpan banyak kenangan aku sepanjang aku hidup. Surat2, hadiah, cenderamata dan even barang yang menjadi kenang-kenangan aku bila aku kunjungi sesuatu tempat, mersti aku ambil. Aku terpandang seketul baru. Batu kapur yang aku simpan ni ada kristal ditengah-tengah dia. Aku fikir balik dari mana aku dpt batu ni. last baru aku teringat ! Batu kristal ni pemberian kawan aku masa aku lepak kat atas bukit. Kira2 8 thn yang lalu.

Byk yang aku simpan dalam ni. Surat2 yang aku pernah terima dari kawan aku. Masa tu email belum famous lagi. Aku byk terima surat2 dari kawan baik aku, dan tak lupa surat dari arwah sahabat aku. Aku bukak satu-persatu surat yg aku simpan. Sekali terbaca aku tersenyum pun ada, tergelak pun ada. Tak sangka surat2 ni masih aku simpan lagi. yang pasti ada 2-3 keping surat yang aku terima masa aku tgh berkawan dengan sorang awek dari UTM ni. Aku pernah jumpa dia 2 kali. Aku tak ingat mcm mana aku boleh lost contact dengan dia. Ahaha...anyway, its an old story.

Bila pikir balik..seronok pun ada. Aku menatap satu persatu surat yang aku pernah terima. Sekali sekala aku belek cenderahati aku terima. Banyak. Ada satu yg aku simpan, kotak french fries McD yg aku simpan. Jenuh aku fikir kenapa aku simpan kotak ni. last aku baru terperasan. kat dalam kotak tu tertulis - 13 Mac 1999. Aku, Ida, Ween dan Mie. At McD KLCC. OOoooOO..baru aku teringat. Masa tu aku celebrate untuk kali terakhir kawan baik aku Ween nak study kat German. Kami lepak kat Mcd KLCC sebab esoknya Ween akan ke KLIA. sampai sekarang aku lost contact ngan Ween. :( Sejak dia balik..tak pernah langsung dia call aku.

Sebenarnya bila tgk balik kotak harta karun aku tu, rasa seronok pun ada. Sekali sekala nak bergenang gak air mata ni. Wahahaha..sebab banyak kenangan manis yang aku dah lupakan. tapi bila tgk isi kandungan kotak tu, aku rasa teringat balik. Dan antara hadiah terbaik yg aku dapat ialah Guitar pick Dunlop dari kawan aku. Dia siap buat tag kat guitar tu. And she is one of my good mates yg aku kenal. Skang ni aku dah lost contact ngan dia. Aku try cari via FB, tp tak jumpa pun.

Anyway, aku rasa sungguh bertuah sebab banyak kenangan aku dapat refresh balik. Aku simpan kembali kotak tu bawah katil aku seal balik dengan tape. Sekilas pandang, kotak tu mmg takde yg istimewa pun. Kotak tu hanyalah kotak kasut Nike. But kotak tu sendiri dah cukup bagi satu memori kat aku kerana arwah housemate aku dulu beli kasut dan dia bagi kat aku kotak tu sebab aku yg mintak.

One day, Insyaallah, aku nak tunjuk kotak tu kat sayang aku. Nothing rahsia pun. It just my memories yg aku simpan terlalu bayak dalam kotak tu. Even my family pun tak pernah nak tanya pasal kotak tu.

Ayway...seronok mengenang kembali kenangna lama...besstt !!!!

Photobucket

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...