Monday, March 13, 2006

Cerita seribu satu malam

Yoush !!!..lama giler tak tulis blog citer pasal daily life aku. Busan gila bila nak mengharapkan artikel menarik je masuk kat blog aku ni. Ni baru je lepas gi minum ngan encek Yo dan saper lagi kalau bukan roomate aku Man. Ape-ape hal, nak ucapkan welkam to the man's pc yg telah menjadi salah satu warga house of 14.

Semalam, aku gi Mahkota Century Hotel, jumpa dengan bos-bos aku dan client bos aku. Yang hanginnya buat call last minit. Aku dah dapat agak bos aku ni akan call aku nak jumpa aku punya. Konpem. Tapi aku tak budjet nak call last minit mcm tu. Nasib baik ada moto scoot si Man ni. Boleh menumpang jap pinjam moto dia.

Lepas je balik dari jumpa bos aku, terus berkejaran kat umah Suri. Si Dzul dah buat dinner masak Italian Food yg sampai sekarang tergeliat lidah aku nak sebutnya. Aku pernah makan menatang tu, tapi mcm biasa, tak pernah amik tahu nama makanan tu. Ihiks...selamba je.

Aku surf banyak blog kengkawan aku. Yg ader dalam list aku, yang takde dalam list aku, sampai sekarang tak abis citer pasal harga minyak petrol naik. Nampak gaya isu minyak sekarang ni masih lagi hangat. Majoriti dari blogger dan aku percaya khususnya rakyat Malaysia tak berpuas hati dengan kenaikkan harga minyak. Sehingga 30 sen tu. Banyak. Dulu 30 sen leh beli rokok sebatang. Skang 30 sen, dapat beli gula-gula je.

OK..ok...say no more..say no more...sebab malas sgt nak tulis pasal minyak ni.

Aku masuk satu blog awek ni. Kira mmg cun gak la. Blog template yg dia pakai mmg respek. Aku tak sure dia buat sendiri ke tak. Tak kisahlakan. Blog ni pun kawan aku yg kasi. Dia kata kat aku " ko try masuk blog ni, awek ni cun giler.."

Apa kaintannya awek cun ngan blog? Tak semestinya awek tu cun blog dia tu pun cun gak kan. Aku surf satu persatu posting dia yg lama. Nak dijadikan citer, jari jemari aku yg nakal ni menghentikan srcoll mouse bila aku terpandang posting dia yg bertajuk "My first SEX experience."

Uiyooooo........berani citer kat sini. Aku pun baca la dengan tak sengaja dalam sengaja tu. Pergh....aku heran tol mcm mana dia leh tulis citer dia kat situ. Aku rasa la...kalau org lain pun tak nak tulis kan citer Sex experience kat situ. Buat malu kaum je.

Aku memula tak percaya dengan apa yg dia tulis. Alah..setakat nak goreng ayat, nak letak ayat kasi org lain minat, aku pun boleh buat. The thing is dia citer semua in detail. Aku plak yg rasa malu sebab baca hal org.

Lepas aku baca, aku fikir balik, bangga ke dia dengan apa yg dia tulis mcm tu? Aku kalau tulis mcm tu jgn rasa bangga, rasa mcm nak bunuh diri pun ada. Sebab membuka pekung di dada sendiri kat org lain. Bukan soal dia dah kawin ke tak, tak silap aku dia ni tak kawin lagi sebab dia tak mention pun pasal 'hubby' atau pun pasal org yg bernama suami.

Kalau dulu kiter pernah digemparkan dengan kes Babyrina yg buat laman web lucah sendiri, sekarang ni jgn kata baby rina, baby setan dah bersepah dah kat sini. Dengan video .3gp la..dengan gambar la..citer kat blog la...mcm mcm la...soo..sekarang ni...kes kes mcm tu dah tak heran dah sangat.

Oh ye..pasal blog awek tu....aku tak dpt nak kasi kat korang link blog tu. The thing is..aku tak nak dengan tersiar blog tu, org akan masuk blog minah tu dan org tak masauk blog aku..akakakaka....giler jeles dan evil...

Image hosting by Photobucket

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...