Saturday, March 4, 2006

Minyak...

Aku kurang suka dengan staement kerajaan. Bila harga minyak dinaikkan sebanyak 30 sen atau kira-kira 20 peratus dari harga asal. Banyak pengguna kenderaan yg merungut kerana terlalu drastik kenaikkan harga tersebut.

Bila sebut je harga naik minyak, aku teringat awek aku yg pakai kete pegi keje. Yg selama nih dia merungut isi menyak kete RM40 boleh tahan 3 hari, aku dapat bayangkan kalau isi Rm40 dengan harga minyak mencecah RM2.00 mcm ni.

Hurm..lepas ni naik kereta sorongla lagi best. Safe minyak. Nak service pun takde sangat. Kerajaan menerusi laman web utusan malaysia dah cakap kenaikkan harga minyak dijamin takkan naik untuk tahun ni. Abis tahun depan naik lagi ke? Naper tak je naikkan sampai RM10 ringgit untuk seliter? Ha..kan care tu. Barula kita akan menikmati pakej hura-hara satu Malaysia. Yg aku dengar sekarang ni kat KLCC kalau tak silap semalam NGO dan pertubuhan parti politik pembangkang mengadakan demonstrasi secara aman depan KLCC. Soo far ok je. Aku call member aku tanya. Sebab dia join sekali. Dia kater ok je. Takde kecoh pun. Dia mintak kat aku tlg ucapkan jutaan terima kasih kat makcik dan pakcik FRU dan polis kerana membenarkan demonstrasi dijalankan. Aku rasala..diorang pun tak nak harga minyak dinaikkan.

Satu je aku mintak, kalau naik harga minyak, konpem lepas ni ramai peniaga barang runcit dan kedai makan nak claim naik harga. Tadi masa pegi makan tgh kat kedai makan I******, makcik tu cakap "Dik, minggu depan harga makanan ngan minuman naik skit tau. Akak terpaksa buat mcm tu sebab harga minyak dah naik."

Ah sudah...nak naik plak harga minyak. Tetiba aku teringat spesis herbivor bertanduk dua dan suka meragut rumput. Naperla tak jadi mcm diorang. Maksud aku bukan perangai. Tapi makanan diorang. Tiap-tiap hari ragut rumput. Tak pernah sengkek duit pun. Duit takde boleh survive sampai mati. Lepas tu jumpa ngan si member aku ni. Kalau nak cakap mende ngarut ngan lagho, mmg best. "Kan best...kalau selama ni ajak gi minum, tukar jadi Pak....jom pi ragut, lapar la. Leh usha awek lalu lalang kat sini."

Ahaks...nak terseliuh urat kentut aku ni. Lawak la. Apela dia cakap mcm tu. Tapi ada kebenarannya walaupun kebenaran itu di banyangi oleh statement yg tak masuk akal dan mitos semata-mata.

Kot yer pun nak naik harga minyak, naikla seposen ke. Barulah care. Hari tu masa lepak ngan geng OBIWAN, ada seko dua cakap "Ni semua keje Bush yg terkutuk tu la. Pi serang Iraq buat apa. Perghabih duit sendiri lepas tu tak dak duit nak naikkan harga minyak." Betul tu sokong gila babi. Babi gila pun akan sokong statement mcm tu. Yerla, dulu beriya sangat nak serang Iraq, konon ada MOD weapon. Sekarang satu pun takde.

Korang tahu tak, Bush tu adalah salah seorang hi rank dalam right panel dalam Texas Petroleum. Dek nak kayakan kroni dia ngan dia dia sekali, dia buat alasan serang Iraq yg semestinya sudah kaya dengan black diamond dan dia sendiri mengofferkan dirinya dibawah kroni yg bertopengkan Texas Petroleum untuk tender perusahaan, perkongsian dan pengurusan minyak di Iraq.

Ni kalau borak ngan makcik aku ni pasal minyak sure kene hentam punya. Pantang skit nak complaint pasal minyak. Dah kata tokey minyak. Tapi pegi keje naik moto je. Haa..kau tak pasal-pasal dah terkutuk dengan tidak sengaja.

Kronologi kenaikkan harga minyak petroleum di Malaysia sepanjang 16 tahun.

sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

Nota : (ayat2 standard dari kerajaan)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI. <--ayat versi baru !! ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...