Wednesday, May 24, 2006

Dari Los Angeles ke Malaysia


Hari ini, saya menangis lagi. Bukan menangis kerana seseorang, tetapi menangis kerana membaca novel yg baru saya beli tadi. Novel menceritakan tentang seorang gadis kecil yg dibuang oleh keluarganya sendiri kerana dikatakan anak sial.

Sungguh...sungguh terharu, sungguh sedih, sungguh pilu apabila membaca hidupnya. terpaksa makan dari makanan tong sampah. Kisah bagaimana dia diambil oleh keluarga angkatnya. Dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Akhirnya dia menjadi lupa diri.
Kisah yg menyentuh perasaan saya.

Mungkin sebilangan besar diri kita, kita tidak nampak apa yg berlaku disekeliling kita. mungkin apa yg saya baca ada terjadi. Di sekeliling kita? Mungkin. Namun kita harus rasa bersyukur kerana negara kita tidak mungkin mempunyai kanak-kanak yg terbiar hidupnya.
Pengalaman peribadi saya sendiri ketika berada di Amerika Syarikat, sewaktu menghadiri seminar teknologi oleh sayarikat saya berkerja, saya sendiri menyaksikan bagaimana dikatakan negara yg terkaya di dunia itu mempunyai kadar penduduk miskin yg yg telampau tinggi. Lihat sajalah kehidupan mereka di lorong gelap, kotor, berbau busuk itu. Kotak, tong sampah menjadi kemudahan asas mereka.

Sekali sekala apabila bernasib baik, mereka akan dihadiahkan makanan ataupun pakaian oleh pihak gereja ataupun badan swasta.

Saya bertanya kepada salah seorang rakan saya Catherine, warga U.S sendiri yg sama-sama mengikuti seminar itu (saya lebih selesa memanggilnya Cathy). Mengapa pihak kerajaan tidak mangambil tahu pasal mereka?

Kata cathy sungguh mudah.

"Kerajaan sibuk membelanjakan wang untuk menyerang negara lain sehingga peperangan memerangi kemiskinan negara kami sendiri diabaikan."

Saya agak tekejut dengan kenyataan Cathy, namun saya faham kerana tidak semua warga Amerika sendiri yg menyokong dasar kerajaan mereka sendiri. Menurut kata Cathy, ursan kebajikan org miskin yg terbiar hanya dipertanggungjawabkan kepada pihak gereja dan badan kebajikan bukan kerajaan sahaja.

Saya hairan, kenapa sikap sedemikian? Kenapa kerajaan mereka sanggup mengabaikan tanggupjawab terhadap rakyat mereka sendiri?

Mugkin betul dalam peikiran saya sendiri sebelum ini. Dasar Amerika yg mahu menjadi polis dunia akhirnya rakyat sendiri tidak terjaga.

Perjalanan saya melewati Los Angeles mmg mengasyikkan. Banggunan yg tinggi, Kenderaan besar, semuanya hebat. Segalanya nampak begitu gah berbanding Malaysia. Tetapi dimanakah nilai keperihatinan rakyat mereka sendiri?

Cathy menunjukkan sebuah bangunan usang kepada saya.

"Di sana kalau awak hendak tahu, tempat tinggalnya beratus org yg tidak berumah. Mereka tinggal di dalam banggunan itu sejak berpuluh tahun. Seingat saya ketika saya masih kecil mereka telah mendiami bangunan itu. Sayangnya dalam beberapa bulan lagi bangunan itu akan dirobohkan bagi menggantikan banggunan pejabat baru."

"Di manakah org yg mendiami banggunan itu akan di letakkan?" Saya bertanya.

"Mereka akan dihalau begitu sahaja."

Saya terdiam. Sedikit persaaan kesian mula timbul. Inikah yg dikatakan oleh kolosnisme barat yg sentiasa mementikan golongan kapitalis? Mereka di sini mengamalkan sikap kiasu dan mendominasi.

Org miskin diabaikan, semata-mata mengejar kekayaan. Menjadi hamba kepada harta dunia.
Setelah seminggu berada di Amerika, saya pulang ke Malaysia. Hati saya sungguh tenang. Melihat warga kita sendiri yg sama-sama mengecapi kekayaan dan keamanan. Jauh sekali keadaan kita dengan mereka. Tidak ada penghuni lorong sunyi, tidak ada penjenayah jalanan, tidak ada sedikit pun perasan takut ketika berada di bumi Malaysia.

Sekali sekala saya mengucap syukur di bibir saya kerana negara kita Malaysia tidak ada yg berlaku begini. Org miskin diberi bantuan sara hidup, diberi kemudahan asas dan kebajikan. Pendidikan anak-anak miskin dan ekonomi mereka semuanya tidak terabai sedikit pun. Mungkin kita tidak semaju Amerika yg selama ini kita agung-agungkan dengan hollywood-nya, mungkin selama ini kita mengagungkan Amerika kerana teknologinya, mungkin kita mengagungkan Amerika kerana jenama pakaian mereka tetapi, kita tidak sedar bahawa kita adalah jauh lebih baik. Kita tidak sekaya mereka, tetapi kita mampu hidup dalam harmoni, aman dan sentiasa dilimpahkan kekayaan oleh Allah.

Peyambung kepada cerita novel yg saya baca tadi, akhirnya kanak-kanak yg menjadi dewasa itu telah lupa daratan, lupa asal-usulnya, menjadi kaya sanggup membunuh keluarganya angkatnya sendiri kerana harta akhirnya mati dalam kehinaan. Mati dalam keaiban, mati dalam penuh tragedi apabila ibu kandungnya sendiri membunuhnya kerana dia telah merampas semua tanah penduduk miskin di tempat kelahirannya sendiri. Lebih malang, ibu kandungnya baru mendapat tahu org yg dibunuhnya itu adalah anak kandungnya sendiri setelah melihat loket yg dipakainya. Loket pemberiannya sewaktu dia dipisahkan oleh ayahnya.

Saya menangis apabila membaca perenggan akhir dalam novel itu apabila ibunya berkata "Syukurlah aku tidak tahu itu adalah anakku ketika aku membunuhnya. Jika aku tahu, tentu aku yg membunuh diriku dahulu dan membiarkan anakku melakukan kejahatan ini."

Kerana malu dengan anaknya dan merasa dirinya aib terhadap penduduk kampung, ibunya membunuh diri sendiri dengan membakar dirinya.

Sebelum ibunya mati, sempat dia menulis sebuah nota yg diletakan di pintu rumahnya.

"Biar aku hapus segala keturunan aku yg sial ini agar kelak tiada lagi keturunan aku yg melakukan kejahatan di bumi."

Saya terfikir, jika novel ini sekadar imaginasi penulis, tetapi apakah ada manusia yg sanggup melakukannya di alam nyata ini?

* di tulis oleh Teysha berdasarkan pengalaman seminggu di Amerika Syarikat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...