
Wahh...meriah sungguh suasana exam ni. Seyes..pegi library ptg semalam sebab aku nak hantar buku pinjam aku. Mmg bersepah dengan student lepak sana. Mcm-mcm ragam aku tgk. Ada yg kusyuk, ada yg tgh berbincang, ada yg tgh main handphone dan ada yg tak ubah seperti ayam kena hawar. Hiks....dalam hati aku-kenapa bila dekat nak exam baru org nak bersepah kat sini?
Tak semua org sama. Ada yg suka study kat library, ada yg suka study kat rumah, tak lupa yg suka study kat area campus konon nak amik fresh air dan ada yg lebih suka study kat club. Mcm aku, aku lebih suka study kat umah memandang kan semua nak, boleh dapat kat sini. Nak minum, ada air, nak makan sambil study? roti ada. Busan? Ala..mp3 bersepah dalam pc aku. tak mcm lib, entertainment bila penat study ialah mengusha awek lalu lalang. Kalau dia tgk aku, aku senyum, kalau buat jual mahal, aku tetap senyum kat awek tu. :D
Nak jadi cerita, lepas settle gi lib, aku balik umah. Ingat nak sambung study aku. Tapi tak jadi sebab aku keletihan. Lepak one whole day kat umah tanpa membuat apa-apa. isk..malas giler. Mlm, aku buat revision. Tgk notes, hafal formular- aku bab hafal formula ni la yg aku malas. Lewat mlm, geng-geng kecoh sudah dtg ! Yeeaaaahhhh......
Gi minum ngan Man, Dulang, Yo dan Amin. Seperti biasa, masing-masing tgh pressure study. Bila dah hangout mcm ni kat kedai mamak, mcm-mcm yg diborak. Kalau tak gelak mmg kitorang balik je. Ada satu kes, yg paling kelakar Amin buat lawak. Pecah rekod sejarah sepanjang aku kenal Amin, itulah lawak paling selamba dan paling havouc dia buat . Satu meja ketawa tak hengat. Nak tersimpul j urat kentut aku ni. Seb baik sempat tahan. Apa lagi seperti biasa Yo jadi mangsa kena paku. Ahahaha....Yo..Yo apala nasib kau..selalu kena. Sila takut dari sekarang.
Saper la aku kalau diorang ni semua takde. Tak best kat sini kalau org mcm ni takde. Borak kat 2 jam kat kedai mamak, kitorang balik. Seperti biasa masing2 buat hal sendiri.
Tadi kol 9 pagi, aku bukak sinar.fm. Kat Astro. Kebetulan ada news. Suara pembaca berita yg sgt familiar bagi aku. Aku teringat Muhaini ckp kat aku, kawan aku Azura keje kat sana sebagai writer dan pembaca berita. Dah sah!! mmg kawan aku ni. Naper la baru je aku tahu minah ni kawan aku sendiri. Kalau org tak kasi tau kat aku, seyes aku tak tau. Aku jarang masuk sinar.fm. Bila dah bukak, kekadang layan gak. So, lepas ni kalau nak dengar berita aku akan ingat kol 9 pagi kat Sinar.fm.
Sebelum aku tulis entry ni, winamp kat pc aku mainkan lagu Lifehouse- You and Me. Aku teringat kat someone. Awek aku? Bukan gak. Kat kawan aku. Yg dah lama aku tak contact. Insyallah selepas balik dari cuti, aku akan cuba cari dia.
Oke..nak sambung revision. Gambar yg aku amik ni semasa aku tgh lepak jap. Pening gak memikirkan subject ni. Sebab aku selalu lupa formula. Asal ingat je, lupa balik.
Oke.....stop.
No comments:
Post a Comment