Monday, May 22, 2006

Love letter...


Aku bukak email tadi dan aku dapat satu email dari salah seorang pembaca email aku. Ahaks..ader peminat gak aku nie..ngeh ngeh....

Pembaca email aku ni mintak tlg aku rahsiakan blog dia. Soo memula aku ingat nak je reply email tu. So, kau rasa better aku reply kat sini je.

Ryna kasi kat aku 6 soklan pasal blog. Dia mintak tlg aku jawab. Insyaallah aku akan jawab sebaik mungkin.

Q: ......leh tak tlg cadangkan..kat mana template yg best-best. cthnyee..mcm blog kau ni?

A: Biasenya aku selalu refer kat 2 website ni --> http://freetemplates.blogspot.com/ dan http://www.pannasmontata-templates.net. Bagi aku dua website ni yg ada template yg best. Ader gak aku selalu masuk kat www.blogskins.com. So terpulangla kat mana nak masuk. Sebab lain person lain taste kan. Tapi kene ingat, walaupun blog template yg aku kasi link ni free, tapi ader beberapa terms and condition yg kita kena patuhi. Cth tak leh ubah gambar, dan tak boleh edit certain html scripts. Soo kena faham betul-betul sebelum kita modified template tu.


Q: ......mcm mana nak tulis entry blog yg baik dan boleh bagi org minat baca ?

A: Ha..ni soklan maut bagi aku. Susah sebenarnya nak jawab. Pendapat aku sendiri, sebenarnya terpulang pada kita sendiri. Sebab blog kita, karya kita dan cara kita. Blog ni bagi aku kan dia mcm diari kita. Apa life kita, pendapat anything yg kita rasa nak tulis kita tulis kat sini. karya kita berdasarkan hati kita, bukan kita nak perlu fikir pasal org lain nak baca ke tak. Soo kalau org baca tu kira mcm credit la. Ader dua jenis blog soo far yg aku tgk. Satu dipanggil personal blog dan satu lagi dipanggil commercial blog. Personal blog ni banyak kepada diari kita sendiri dan jurnal kehidupan kita. Lebih kepada penulisan bebas berdasarkan pendapat kita sendiri. Jadi mende ni kekadang terpulang pada org nak baca ke tak.

Yg commrecial blog ni lebih tertumpu kepada something yg dia nak tulis. Dengna ertikata lain blog khusus kepada something. Cth blog yg jenis mcm ni bog yg bersunsurkan hobi atau minat. Sekiranya org tu minat pada fotografi atau kucing, dia kan tulis blog pasal mende ni. Dan dia aka nshare dengan pembaca bloggers yg lain dan kekadang dia ada forum sendiri. Jenis yg mcm ni lebih mempunyai objektif untuk menarik pembaca blog supaya mengunjungi blog dia sendiri. Soo mcm-mcm lah dia buat. Template, interaktif semuanya dia dia gabungkan dalam blog dia.

Okay, harus diingat Ryna, blog yg menarik tak semestinya template dan interface yg menarik. Kalau kita pandai edit template sehingga menjadi menarik tapi kalau isi kandunganyg tidak menarik tak best gak. Aku banyak masuk beberapa blog fave aku yg menjadi top ten dalam carta blog. Mostly adalah simple, yg menatik perhatian aku ialah entry blogger tersebut yg menarik unutk dibaca.

Q: ......kat mana nak dapatkan jam dinding kau tu yg best? ako penah gak larr pakai soutmix tapi rase mcm tak besh je. Leh tlg kasi cadangan tak shout box yg menarik?

A: Okeh pasal jam dinding ni. Sebnarnya aku amik kat dinding aku je. Ahaks..takde..just kidding. Ada dua link yg aku selalu masuk : www.clocklink.com dan http://www.adamdorman.com. Ni antara beberapa flash clock yg best bagi aku. Pasal shoutbox tu banyak sebenarnya. Kalau kita rajin masuk blog org, kita akan jumpa mcm-mcm jenis shoutbox. Antara yg best bagi aku http://shoutmix.com, http://junaidix.com dan http://www.oggix.com. Soo terpulang pada masing masing. Setiap shoutmix ni tak sama dari segi interface dan kenebihan dia. Bagi aku shoutmix yg paling lawa ialah oggix. Tapi ada beberapa kelemahan dia sendiri.


Q: ......mcm mana nak letak gambar kartun kat blog kau ni? kau ader pakai photo editing software tak? kalau ade kau pakai yg mana?

A: OK..gambar kartun dalam blog aku ni bukan karya aku sendiri dan bukan aku yg lukis. Aku amik dari beberapa website. Selebihnya aku edit sendiri. Gambar lain seperti link fotopages aku, semua tu banyak aku buat sendiri. Software yg aku selalu pakai ialah ACDSee 8 Pro, Adobe photoshop CS2, Adobe Illustrator CS2 dan Photoimpact 11. Bagi aku, adalah menjadi credit kalau kita tahu guna photoshop atau photo editing software yg lain. Sebab cara ni kita dapat edit template dah kita boleh letak gambar yg kita buat kat blog kita dengna lebih menarik. Nak berlajar Photoshop senang je, yg penting kesabaran dan minat unutk terus berlajar. Mmg agak susah mula-mula.

Q: ......selain dari jam dinding tukan kat mana laei nak cari counter..dan statistik tu ? aku tak faham larr statistik tu..iskk..

A: Isk..aku pun tak faham apa menatang tu statistik..Ahaks...Counter? banyak sebenarnya nak cari counter tu. Ada yg kena bayar, ada yg free. Mcm yg aku pakai ni www.freeweblogger.com.
Yg statistik tu? Camne nak citer eh..statistik ni sebenarnya web traffic. Cth kalau kita ada web stat tu kat blog kita, kita boleh tahu berapa jumlah org yg masuk dalam blog kita dalam tempoh tertentu, siapa yg masuk, dan page mana yg dia selalu baca. Mende boleh jadikan unutk rujukkan kita. Sebab kita boleh tahu siapa yg selalu baca blog kita. Nak ada web statistik? ok ni link yg aku pakai--> http://onestat.com . Harus diingat ok onestat.com ni sebenarnya bayar. Nothing is free. Tapi dia ada free account. Beza dengan premium account, free acount dia ni limit dari segi function dia. Soo kene cari yg free account tu kat onestat.

Q: .....banyak ako tgk org pakai blog sume reti html. css tu ape aarr ? sbb ako tgk banyak gak arr org pakai blog edit css tu. dia tu pograming ke ?

A: Yeap, sebenarnya, kalau dah berjinak-jinak dengan blog ni, mesti kena berjinak-jinak dengan HTML code gak. Sebab senang. Fungsi bagi HTML code dalam blog ni kita boleh edit template dengan senang, tahu script yg kita boleh letak dalam template kita dan yg banyak sekali kegunaan dia ialah script nak letak picture dalam entry kita. Soo, HTML adlaah satu kemestian jugak la. Atleast kalau tak reti nak buat code HTMl sendiri, sekurang-kurangnya reti nak baca dan faham code HTML tu. CSS? Ni aku maksud CSS tu:

CSS, short for Cascading Style Sheets, a new feature being added to HTML that gives both Web site developers and users more control over how pages are displayed. With CSS, designers and users can create style sheets that define how different elements, such as headers and links, appear. These Style Sheets can then be applied to any Web page.

So dalam blog(termasuk website biasa) CSS ni sekarang penting gak. Soo kalau boleh, berlajarlah mcm mana nak guna,edit dan faham CSS coding tu. Tak susah. Senang je.

So aku harap Ryna dapat penjalasan dari aku. Sorryla kalau penjalasan ni masih lagi tak faham. Takpe, boleh hantar email lagi. Anyway, thanx sebab menjadi salah seorang pembaca blog aku yg setia. Thanx alot Ryna. Tak sangke yek.

Oh ye..kalau kita nak bertukar pendapat dipersilakan. And one more, gambar background kat blog awak tu, saya nak kasi cadangan skit. Kalau boleh gambar backround tu biarlah satu warna sahaja atau pun warna yg tidak menonjol. Sebab susah nak baca tulisan entry tu. Terpaksa kena hilight dengan mouse baru boleh baca. So far yg aku tgk kat blog Ryna mmg menarik. Banyak yg blink.

Oh ye, ni bonus, dulu org tanya aku, yg mana best? Nak tulis entry dalam bahasa English atau bahasa Melayu? Jawapan aku mudah, up to you. Ada yg tulis dalam bahasa Melayu dan ada yg tulis dalam bahasa English dan ada yg tulis dua-dua. Mcm aku. Ihiks...sebenarnya, terpulang pada kita. Bagi aku, aku tulis dalam bahasa English sebab aku nak berlajar, nak memahirkan dan menajamkan skill bahasa English aku. Mmg english aku ni tak berapa oke sgt. But who cares rite? Selagi kita nak tulis selagi ada org baca, kita patut bersyukur. Banyakkan baca blog org lain untuk menajamkan skill kita dan menambah idea.

Sebagai peringatan untuk diri aku dan Ryna, jgn sesekali menciplak blog org. Kalau kita nak amik artikel atau gambar, kalau boleh mintak kebenaran dulu. Cthnya kalau artikel tu adalah artikel dalam suratkhabar, its ok kalau tak mintak kebenaran sebab bukan penuils blog tu yg tulis kan. Kalau gambar yg dia ambik dari majalah atau website lain, its ok kalau kita ambik tapi jgn sesekali kita ambil entry dan gambar original dari karya penulis blog tu sendiri. Kalau nak ambil, letak link kat entry atau gambar sumber entry kita dan kalau boleh mintaklah kebenaran kepada tuan punya blog tu.

Sebagai penutup, ni aku kasi link antara beberapa blog fave aku:

http://afzan06.blogdrive.com/
http://mafeitz.blogspot.com/
http://tupac_shakur.blogspot.com/
http://afdlinshauki.blogspot.com/
http://blownaway2heaven.blogspot.com/

Selamat Berkarya !!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...