
lokasi: bilik aku yg indah permai
keadaan bilik: mcm biasa
keadaan aku: mcm bilik gak
suhu: mcm biasa
First of all, aku nak ucapkan congrats kat ayah aku sebab telah dinaikkan pangkat ke Timbalan Pengurus Besar Operasi dan Logistik Jabatan Kerja Raya. Syabas and congrats again to my dad. I'm very proud of you !! Mak aku call aku kol 3 ptg tadi nka kasi tau berita gembira ni. alhamdulillah akhirnya hasrat ayah aku nak kerja 'lebih gaji' telah berjaya. Tapi yg tak bestnya ayah aku kene transfer kat Perlis. Huwaaaa !! tak nak pegi Perlis !!! nak jadi org Penang jugak. Naper la setiap kali ayah aku naik pangkat kene transfer. Mlm tadi, aku call ayah aku nak wish birthday. Ayah aku cakap berkemungkinan dia takkan kene transfer sebab ayah aku dah buat permohonan nak kerja kat Penang ni. Alhamdulillah. Syukur. Ayah aku pun pakai org dalam jugak jackk...kalau ayah aku dapat keje sini, maybe paling jauh pun kene tukar kat Seberang Perai. Kalau tak ayah aku akan keje kat Pejabat KOMTAR tingkat 18. dapatla balik aku tgk ayah aku keje kat sana setelah sekian lama ayah aku keje kat pejabat operasi.
Bagi aku inilah hadiah harijadi ayah aku. Hadiah harijadinya yang ke 52. Ikutkan lagi 3 tahun je nak menginggalkan alam kerjaya nih, ayah aku dapat naik pangkat. Takpelah, sekurang-kurangnya ayah aku ada something dalam hidup dia sebelum dia bersara nanti. Tadi angah call jugak, cakap pasal mende nih. Dia ingat aku tak tahu. Mestilah aku tahu. Yg ironiknya, ayah aku cakap, lepas dia je pegi exam dan pratikal exam untuk 'interview' kenaikkan jawatan, ayah aku tak pernah terpikir langsung pasal dapat ke tak jawatan ni. Ayah cakpa dai mmg tak ingat langsung sejak dia pegi interview tu. Sehinggalah kawan ayah aku call tadi cakap yg dia dah officiallly dapat jawatan tu. Sebab ayah aku cakap ramai yg pergi tu semua technician class yg ada diploma dan yg berpengalaman. Ayah aku cuma mengharapkan pengalaman kerja selama 32 tahun. Dan akhirnya ayah aku telah membuktikan yg walaupun dia takde diploma, atleast pengalaman keje ayah aku telah membuktikan betapa matangnya ayah aku dalam bidang kerjaya dia.
Aku bangga dengan ayah aku. Nak diikutkan, ayah aku berlajar sampai Form 3 je. Ayah aku tak pernah merasa SPM, apatah lagi alam univeristi mcm aku ni. Tapi berkat kecekalan ayah aku dan kesabaran dia, ayah aku mampu berdiri dengan org yg berjawatan yg memerlukan ijazah.
Ayah aku mampu duduk semeja dengan org yg berjawatan tinggi yg lain. dan yang penting, ayah aku telah membuktikan kepada aku bahawa setiap usaha, setiap perkara yg kita lakukan, kita harus bersungguh sungguh dan jgn sesekali menyerah kalah terhadap sebarang apa jua dugaan. Tak perlu aku nak cerita betabah tabahnya ayah aku, tak perlu aku nak cerita betapa susahnya ayah aku, tak perlu aku nak cerita betapa rajinnya ayah aku. Bagi ayah aku, kerjayanya adalah hidup dia yg ke-2. Bagi ayah aku kerjaya dia ialah segalanya selain dari family. Aku tak pernah tgk ayah aku merungut pasal kerja. AKu tak pernah tgk ayah aku mengaku kalah pasal kerja. Apa yg aku tahu setiap hari bila dia balik dari kerja, dia tak pernah mencampur-adukkan hal kerja ngan hal family.
Dan inilah balasan untuk ayah aku. berkat usaha gigihnya selama ini, ayah aku dah mencapai apa yg dia impikan. And one more thing for sure, ayah aku tak pernah taksub dengna apa yg dia miliki. Bagi ayah aku jawatan, pangkat dan kuasa tak penting. Yg penting, terima segala tanggungjawab, dan buat sebaik mungkin dan buktikan pada org lain yg kita mampu beraing dengna org lain. Itu je.
Buat ayah, along ingin mengucapkan tahniah dan syabas untuk ayah. Bah....ingatlah, along bangga dan bertuah dilahirkan ber 'bin'kan abah. Along bertuah kerana ayahlah telah banyak mempengaruhi along. Tanpa ayah, mungkin along dah hanyut. Ayah pernah selamatkan along dulu dari terus hanyut, ayah pernah membimbing along supaya mengenal tuhan, dan tanpa ayah, siapalah along sekarang ni. Kerana abahlah, keluarga kita mampu hidup senang, kerana abahlah keluarga kita dihormati, dan kerana abahlah kita mampu mengharungi bermacam dugaan bersama sebgai sebuah keluarga.
dan buat abah jugak, along ingin mengucapkan selamat hari lahir yg ke 52. Semoga ayah panjang umur, murah rezeki dan one more thing...along, angah dan adik dah poskan hadiah hari lahir untuk abah. Sehelai tali leher yg abah dah lama nak beli sangat..tapi tak beli beli jugak dan along masih ingat abah nak beli jam tgn, nak ganti dgn yg lama. Kitorang belikan jam tgn Tag Heuer untuk abah. ;-) Sebesar mana duit kitorang spend nak belikan hadiah ni., tak mencukupi lagi untuk menilai kasih sayang abah yg abah berikan untuk kami. Kami - along, angah dan adik nak ucapkan selamat hari jadi untuk abah, semoga kasih sayang abah untuk kami akan berkekalan dan kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan abah dan keluarga kita. Selamat Hari Lahir abah !!!!!
No comments:
Post a Comment