Pictures of the month. Dari kiri: Man, Watie, Apie, Aida a.k.a Ainora Blueess :-p, Suri, Ken a.k.a Pakdin dan Pokya. Hoyeh.....aku exam petang ni..cuakss..cuakss...cuakss...paper nih la akan menentukan nasib aku sebagai pelajar MMU terlampau (extend) kat sini. Kalau aku tak lepas paper ni, maka dengan secara tak rasminya aku akan kesusahan sem 3 nanati...huhuhu...Insyaallah aku boleh. Bapax BOLEH !!!
Last week mmg takde mende yg aku buat. Mcm biasa aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai pelajar MMU dengan memenuhi masa aku dengan study yg tak sebeberapa. Heh..jgn ingat aku tak study ha...aku dah lama study...alhamdulillah.....cuma sekarang nih aku just buat revision ngan member aku. Aku target soalan final yg akan kuar, buat discussion ngan member, buat tutorial dan yg penting.....mintak blessing dari lec ...ahakss tu yg penting. Sekali sekala kene jugak pegi menebal muka nih jumpa ngan lec. Nak amik hati la skit..kalau tak sampai bila lec tak kenal kiter....
Cut the crap pasal study..tamo memikirkan hal-hal tu.
Oh ya.....banyak kengkawan aku tanya aku naper tak publish gambar kitorang bebudak umah nih masa pegi kolam air panas hari tu. Sebenarnya, ketika aku mengumumkan aku nak letak gambar2 tu kat fotopages aku kat diorang, hasrat murni aku telah ditentang habis-habisan oleh housemate2 aku. Ada yg sangup putus sahabat kalau aku letak. Sidang parlimen umah aku masa tu menjadi panas dengan isu sensitif ni sampaikan aku marangkap parlimen dari bilik depan kene teaw kaw kaw tanpa sebarang sokongan dari mana2 pihak. Mau tak nya..ketua pembangkang terdiri dari otai2 iaitu Mr. Rahman dan Mr. Shah...maka aku kene ikut majoriti. Nak tau sebab apa...sebab gambar2 tu terlampau banyak aksi 'pendedahan' yg aku kira tak patut aku nak tunjukkan..ahahaha.....biasala..semua stok seksi...dan berani mati punya pendedahan....jiwa kacaw beb...jiwa kacawwww....
Satu lagi sebab ialah aksi ganas kitorang berendam dalam kolam air panas sehinggakan badan kitorang semua berasap. Sesuatu yg tak mudah diterima akal waras kalau korang tgk gambar tu. Ada yg mengkategorikan sebagai 18SG, dan majoriti telah mengkategorikan sebagai 18PL!!(mengandungi unsur2 mistik, ganas, politik dan seks yg tidak beberapa keterlaluan)....huwa..ajaran syirik mana plak bebudak nih letak sampai tahap 18PL. Maka dengan rasminya penerbitan gmabar tu tak lepas dari FINAS kitorang. Yg boleh hanyalah menjadi koleksi peribadi kitorang je dalam PC. Dan kalau korang perasan, gambar yg aku letak kat blog tu hanyalah gambar masa kitorang shoot kat signboard je. Itu pun nak tunjuk bukti kat korang akan kewujudan kitorang kat situ je.
OKeh..aku harap dengan kenyataan ni, ramai yg faham. Aku sendiri tak faham kenapa banyak sangat feedback dari kengkawan aku soh aku letak gambar2 tu. Semua nak tgk. Ada yg sanggup hantar email, msg kat Hp dan ada jugak yg saggup hantar surat layang kat aku.....surat layang tu tipu je..saje nak menghangatkan lagi suasana...heheh....
Prevous post aku....aku dah letak gambar2 yg aku amik dari HP aku yg dah lama aku tak upload dalam PC nih dan seterusnya ke dalam fotopages aku. Diulangi balik..sesaper yg ada dalam gambar tu, nak save, savelah...make sure korang klik gambar tu dulu, baru dia akan bukak actual size dia. Sesaper yg nak copy nak buat stok kenangan ataupun sesaper yg korang minat dalam gambar tu untuk dijadikan stok pujaan(termasuk aku..heheheh....) korang boleh la save..cuma...gambar itu dilarang sama sekali untuk dijadikan tujuan jahat ataupun publisiti murahan....ahahaha.....
Picture of the month untuk hari ini ialah gambar yg aku amik masa kitorang gi Subaidah selepas menyambut hari tua Ayah Pai yg ke 26 kat umah Aida (20 Sept 2005). Lepas buat celebration, aku ajak geng2 aku ni pegi yam seng kat Subaidah...dan aku open table untuk diorang...hoyeh....mmg berbaloii....gambar ni mmg tak clear sebab amik dari HP aku. Aku lak lupa nak letak nigth mode masa amik gambar ni. Ape Ape pun..gambar nih la yg jadi fave aku.
Ohye....lupa nak mention..kepada member aku si Iwan kat Penang tu, SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI YG KE....KE....KE...KE BAPE HA....?????...ha...SELAMAT MEYAMBUT HARI JADI YG KE-22. Semoga dipanjangkan umo, dimurahkan rezeki, bertambah hensem, suksess dan marveles selalu. Pose nanti ko nak bukak gerai kat pasar ramadan kan? Ape-ape hal, akulah org yg pertama akan jadi pekerja ko nanti...pls kasi aku keje..balik nih aku sangap !!!
p/s: kepada member aku Ongsik yg tgh tido.....Ongsik bangunla..nih aku dah kejut ko nih....jgn kater aku tak kejut...ko tak bangun..nasib ko la....tak gi lib la ko...hohohoh......
daa~~~~
No comments:
Post a Comment