Manusia hari ini suka sangka-sangka.
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada
Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan
dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati
dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cerdas mindanya
Jauhi sikap suka bersangka-sangaka kerana ia
bakal memusnahkan ukhwah
Seperti musnahnya kayu dimakan api
Satu benda yang kita lihat, macam-macam
kesimpulan yang boleh kita buat
Semuanya bergantung bagaimana kita
melihatnya :)
No comments:
Post a Comment