Sunday, September 18, 2005

Sahabat-sahabatku....


"Awak..jika dalam persahabatan itu ada kejujuran, kenapa ia perlu dicemari oleh pengkhianatan. Jika dalam persahabatan itu wujudnya sifat kasih sayang, kenapa perlu ada kebencian dalam diri kita. Jika dalam persahabatan kita itu pernah wujudnya sifat kemaafan..kenapa perlu wujudnya perasaan dendam diantara kita sekarang? Awak...jika dalam persahabatan kita itu pernah kita harungi bermacam kenagan manis bersama, kenapa ia perlu dicemarkan dengan segala tragedi pahit yg menimpa kita? Jika kita mampu harungi segalam mcm dugaan bersama ketika kita bersahabat, kenapa kita sekarang terlalu lemah untuk mengharungi dugaan yg menimpa diri kita sendiri sekarang ni? "

Aku tak tahu...aku tak tahu nak jawab.....

Ntahlah....

Aku tak marah, aku sedikit pun tak benci dia sekarang. Aku sedikit pun tak pernah berdendam dengan dia sekarang. Silapnya aku, aku kekadang terlalu mengikut perasaan. Aku terlalu menerima segala kepahitan yg dia lemparkan kat aku. Aku mmg tak boleh terima.

Salahkah aku kalau aku membenci dia kerana dia pernah membenci aku? Salahkan aku berdendam dengan dia sedangkan dia pernah berdendam dengan aku tanpa pengetahuan aku? Salahkah aku jujur dengan keputusan aku sedangkan dia tak pernah jujur dengan aku? Salahkah aku kalau aku putuskan persahabatan aku kalau aku ditikam dari belakang? Salahkah aku?

Apa yg aku buat selama ni? Apa yg aku harapkan selama ni? Aku tak harapkan apa-apa. Aku cuma perlukan sedikit masa. Aku cuma perlukan satu keadaan yg boleh aku menilai balik apa yg dia buat kat aku. Kenapa dia sendiri yg membuat keputusan terburu-buru?

Itulah yg jadi kat aku. Bila aku tahu perkara yg sebenar, dia dah jauh dari mata aku, dia dah jauh dari penglihatan aku, dia dah jauh dari fikiran aku. Tetapi....hati aku tak pernah jauh dari dia. Hati aku tak pernah menafikan dia ada dalam hidup aku sebagai sahabat aku. Hati aku tak pernah menidakkan semua itu. Aku tetap ingat dia. Aku tetap sayangi dia walaupun dia mungkin dah lupakan aku.

*************************

Apakah aku jenis tak mudah memaafkan org? Apakah aku jenis tak mudah meminta maaf kalau aku buat salah? Apakah aku terlalu kejam kalau aku sanggup buang sahabat aku kerana dia mencemari kepercayaan yg aku bagi? Apakah aku terlalu kejam sehinggakan aku putuskan persahabatan aku dengan dia hanya kerana dia terlalu jujur bila menceritakan segala perasaan dendam dia kat aku?

Sekejam mana aku, aku mudah memaafkan org. Sekejam mana aku, aku boleh berlembut hati. Sekejam mana aku, aku tak pernah tak ingat langsung pada sahabat aku. Sekejam mana aku, aku tak pernah tak bagi peluang kepada mereka untuk meluahkan apa yg terpendam dalam hati mereka. Cuma aku sedih wujudnya segelintir dikalangan mereka yg kononnya bila aku marah, aku tak perlukan explaination. Bila aku kesal dgn mereka, mereka ingat aku tak pernah bagi mereka peluang.

Ingatlah, sekeras mana hati aku, keras lagi hati Saidina Umar, keras lagi hati Saidina Abu Bakar. Sehinggakan Nabi pernah berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati mereka. Tapi aku, aku hanyalah manusia biasa. Aku sentiasa ada malaikat di kiri aku yg sentiasa mencatit amalan dosa aku. Aku juga melakukan kesilapan di dunia ini. Aku punya pegangan agama, aku punya fikiran dan aku punya perasaan.

Aku tak pernah menafikan apa yg jadi kat aku dan dia, itu semua ketentuan tuhan. Aku tak pernah menafikan aku yg memutuskan persahabatan aku. Aku tak pernah menafikan aku yg kejam. Tapi apakah aku tidak memaafkan dia? Apakan aku tidak pernah menyayangi dia sehingga sekarang?

Cuma aku sedih setelah dia berada jauh dari aku, aku baru dapat memaafkan dia. Setelah dia berada jauh dari aku, baru aku dapat menerimanya. Setelah sekian lama aku tak tahu pasal dia, baru aku dapat memaafkan dia. Apakah tidak pernah ada sifat pemaaf dalam diri aku sebagai sahabat? Apakah telah hilangnya ikatan persahabtan dari aku ?

Cuma org yg tak faham aku. Bila aku cakap something, org akan marah aku. Adakah salah bagi aku sebagai seorang sahabat jika aku mengajak sahabat yg lain berbincang ketika aku ada masalah dengan dia? Adakah salah bagi aku menegur sahabat aku sendiri kalau aku nampak apa yg dia buat tak betul? Adakah salah bagi aku kalau aku ceritakan perasaan yg terpendam dalam diri aku kalau dia sendiri tak pernah bagi aku peluang semua tu? Salah ke aku ? Bila aku cakap, org nak melenting. Bila aku diam, org ingat aku yg salah. Bila aku mengalah org ingat aku yg menjadi punca. Bila aku luahkan perkara sebenar org akan kata aku tak patut. SIAPA YG TAK PATUT ??

Cuma aku sdih sebab bila sesuatu kebaikan akan berlaku kat aku, cuka aku tak dapat sepenuhnya kebaikan itu. Bila aku dah dapat memaafkan org, org yg aku maafkan itu dah berada jauh dari aku. Bila aku nak luahkan apa yg aku rasa, org yg aku nak dia sendiri dengar dari mulut aku cuba nak jauh kan diri dari aku.

Buat sahabat-sahabat aku,

Ingatkan aku....ingatkan aku....ingatkan aku andai aku pernah sakiti hati korang, tegurlah aku. Jika aku deserve untuk meminta maaf, ingatkan aku untuk itu. Jika aku terlupa tanggungjawab aku sebagai sahabat, ingatkan aku. Jika aku terlupa untuk mengembirakan korang, ingatkan aku. Jika aku tak pernah berpegang pada janji aku, tlg ingatkan aku.

Jika aku cakap benci pada sahabat aku, itulah tandanya aku sayang pada sahabat aku. Cuma kebencian aku akan hilang sendirinya. Jika aku pernah berkata aku tak pernah maafkan korang, itulah tandanya aku dah maafkan korang. Cuma ego aku yg selalu menidakkannya. Jika aku pernah sakiti hati korang, percayalah, itu bukan maksud aku. Cuma kekadang hati hitam aku ini sentiasa dipenuhi oleh syaitan untuk membuatkan korang marah kat aku. Jika aku pernah melafazkan "putus sahabat", percayalah, itulah ayat untuk aku untuk memujuk diri aku supaya aku tidak mahu bersedih lagi. Jika aku pernah berdendam dengan korang, percayalah, itulah sebenarnya aku sembunyikan perasaan sayang aku untuk sahabat aku. Cuma aku tak tahu nak tunjukkan pada masa yg sesuai. Jika aku pernah terlupa pada korang, ingatlah aku, kerana kekadang aku terlalu sibuk dengan urusan dunia sehinggakan aku terlupa pada sahabat aku.

Cuma, aku mintak pada korang, bencilah aku kalau korang berhak untuk membenci aku. Berdendamlah dengan aku jika itu yg korang mahukan. Jgn maafkan aku kalau hati korang masih belum dapat menerima apa kesalahan aku. Marahlah aku jika korang tak boleh terima apa yg aku buat. Jgn ingat aku lagi jika aku pernah lupa pada korang. Tapi jgn sesekali mempertikaikan sejauh mana sayang aku pada sahabat-sahabat aku. Jgn sesekali mempersoalkan sebesar mana kasih sayang aku kat sahabat-sahabat aku. Jgn sesekali menghina persahabatan aku dan jgn sesekali mendoakan agar aku membenci korang. Sebesar mana korang benci aku, aku tetap ingat korang sebagai sahabat aku..dan mungkin bekas sahabat aku.

Aku dah maafkan sahabat aku yg selama ini aku paling benci dalam hidup aku. Aku dah dapat menerima sahabat aku yg selama ini tak pernah jujur dengan aku. Dan aku dah dapat menerima sahabat aku kembali setelah aku buang dia jauh dari hidup aku. Jika itu kesalahan korang jauh lebih kecil dari ini, adakah aku akan senitasa membenci korang? Jika korang tak pernah melakukan kesalahan besar kat aku, perlukah aku ckp yg aku sentiasa maafkan korang. Jika aku boleh menerima sahabat aku yg aku kenal lebih dari 7 tahun yg menikam aku dari belakang, perlukan aku cakap yg aku sentiasa menerima korang sebagai sahabat aku walaupun korang melakukan kesalahan yg sama tetapi aku baru kenal korang walaupun setahun jagung?

Ingaltah sahabatku, dalam dunia, aku ini miskin dan dalam dunia ini aku sentiasa kesunyian. Kerana walaupun aku ada beribu kawan, namum aku sahabat aku hanya sedikit. Walaupun aku kenal ramai org, tetapi yg betul-betul menjadi sahabat aku hanyalah sedikit. Jika korang sebagai sahabat aku meninggalkan aku, siapa lagi yg perlu aku bergantung sekiranmya aku perlukan dorongan seorang sahabat? Siapa lagi aku perlukan sekirannya kesemua sahabat aku meninggalkan aku. Kawan aku? Mereka sekadar kawan, bukan sahabat aku.

Aku mmg miskin, aku mmg kesunyian dalam dunia ini.

Ingatlah sahabat-sahabat aku, walaupun kita ada sejuta kawan, belum tentu kita ada seorang sahabat. Tetapi bila kita ada seorang sahabat, pengorbanan sahabat itu dan kasih sayang sahabat itu jauh lagi bermakna dari sejuta kawan kita tadi. Hargailah seorang sahabat kita lebih dari sejuta kawan. Kerana sejuta kawan kita belum tentu dapat mendoakankan kebahagian kita, belum tentu dapat menolong kita, belum tentu dapat membimbing kita.

Ingatlah, dalam hati kita ini ada dua bahagian yg perlu kita isi, keimanan dan cinta. dalam keminanan itu kita hanya perlu bukak pada satu iaitu pada Allah. Dalam dalam cinta itu ada 4 bahagian yg dikosongkan dan sentiasa perlu dipenuhi setiap masa - cinta pada Allah, cinta pada ibu bapa, cinta pada kekasih dan cinta pada sahabat.......

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...