Thursday, September 22, 2005

Good Morning !!!!

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
Ahaks...rasa semangat hari ni..tak taw naper...semalam aku kuar ngan housemate aku ngan budak umah Aida. Aku, Apai, Watie,Aida ngan Suri. Lepak kat Projet merangkap Destina. Kuar stok tak ingat dunia. Dah lama aku tak kuar ngan diorang. Memasing ada citer best best. AKu ngan citer aku, apai ngan citer apai, aida dengan citernya dan suri dengan story nya dan watie dengan ceritanya. Lepas tu kitorang balik. Aku, Apai ngan Rahman lepak kat hall. Borak kosong. Last kitorang berborak pasla masalah kitorang. Hohohoh...nih yg syok kalau borak ngna diorang. Aku mmg suka sangat kaalu borak pasal masalah ngan diorang nih. Ihikss..mcm gi kaunseling plak. Kitorang sharing masalah, tlg sesama. Bukan gossip liar pls !!...
Lepas tu aku tido jap, sementara tunggu semayang subuh. Dlaam kol 6.30 mcm tu aku bangun, solat subuh then aku terus gi sarapan ngan Rahman, Yo ngan Pokya. Sarap kat Pakcik Misai kat belakang JJ.
Aku ingat nak tido balik. Tapi tak leh tido. Ongsik dah lama bangun. Dia nak study kat lib. Aku plak nak sambung tido tapi otak aku nih tak kasi plaks...hohoh....nih yg tak best nih. Sementara melayan mengantuk aku nih nak sampai, aku usha jap video clips dalam pc aku nih. AKu bukak vclip Baby Bash feat. Akon - I'm Back..pergh..terasa plaks semangat aku dtg tetiba.. huhuhu..tak taw naper...
Terus tak jadi tido. Aku play pulak vclip Alizee yg dah lama aku tak bukak...aduih...minah nih kalau aku tgk vclip dia mmg aku leh jatuh cinta ngan dia. Ape2 hal, Lindsay Lohan tetap di hatiku..hohoh.....
Hari ni aku nak gi jumpa kawan aku merangkap bekas klien aku masa aku keje kat co lama aku. Dia turun mlk. Dah alang alang dai turun sini, dia nak jumpa ngan aku. Ingat lagi dia kat aku yek...itulah...klien tetap kawan aku. Nak cari peluang beb.....insyaallah aku jumpa dia ASAP.
Study ?? hurm..malas gilos kalau sebut bab study. Alhamdulillah, aku dah abiskan semua chapter study aku untuk 4 suject. Aku lega. Buat pertama kalinya dalam hidup aku aku abis semua sebelum exam. Skang nih aku just review je paper, aku just see trough je tutorial solution yg aku buat ngan member aku. Kekadang aku buat balik skit skit takut aku dah lupa step dia.
Insyaallah, aku target 3 pointer sem nih...yakin boleh !!! Aku takleh sangat nak over confident, at the same time aku kene take it easy dan be prepared fo everything. Sebab aku tak nampak apa yg akan jadi nanti. Harapnyelah aku nak score sem nih. Aku nak buktikan kat family aku aku leh buat mcm adik aku. Huhuhu....rasa segan plak bila cakap pasal adik aku. Scorer tak hingat. Muka je selamba depan aku tapi bila result kuar..mmg aku salute mamat nih...salute...salute.... Aku tak tau dewa apa dia pakai tapi dia mmg genius. See..see... saper kater kitorang tak terror, cuma aku je malas nak usaha mcm adik aku ni..eheheh.....mcm kutuk diri sendiri je aku nih....
Hurm...tgk kat tingkap luar, dah mendung tahap gaban. Alhamdulillah hujan rahmat akan turun di bumi Melaka buat julung kalinya pada waktu pagi dan insyaallah sampai ptg. Aku bersyukur pada Allah sebab kurniakan hujan time ni. Syukur sesangat. Takle rasa panas je memanjang.
And for sure, aku nak ucapkan terima kasih buat mak aku dan abah aku kerana kasi duit extra kat aku. Thanx !! aku nak ucapkan terima kasih gak buat Rahman dan Apai kerana kongsi masalah ngan aku. Dan diorang dah banyak kasi advice aku. Well...that is what the friends are for rite ? (heh..dah lama aku tak guna istilah ni...)..and than to Ongsik yg kerana dtg kat mlk nak lepak umah aku. Atleast aku ada la jugak member kat sini. Thanx to all my friends for a such good advice......ur caring, understanding...aku sayang giler kat korang semua !!!!
Once again, thanx to someone yg paling aku sayang gak. Jika tak kerana awak yg saya kenal, maybe saya tak jadi mcm nih. I'm 'bigger' and stronger than before !!! Thanx alot... mcm bernafas dalam lumpur plak..hohohoh....
ok..ok...cut the crap..nak titon ni...sebelum tu nak check email jap. tadi kawan aku hantar msg nak kasi email kat aku. Lepas nih apa lagi....tido !!!!!! Korang kalau baca blog aku nih...tlg kejutkan aku kol 1 / 2 ptg nanti. Aku tak nak termiss semayang zohor mcm semalam plak...tido tak hengat..sedar2 dah kol 5...huhuhu....plss tlg kejutkan aku. Call ke...ape ke...semua diterima.
daaa~~~~
p/s: oh ye..lupa lakss..nak call aku....call no DiGi aku heh....

1 comment:

Anonymous said...

baparque...hehehe..wei..lama tak jumpa hang...hang aper cerita?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...