Korang dengar la lagu nih, mmg best. Aku dengar lagu nih mmg syahdu giler. kalau korang faham maksud lirik lagu nih, mmg korang akan tahu apa maksud cinta sebenar. Bila kekadang aku feel lagu nih, rasa sebak pun ada. Teringat balik kisah aku yg dulu. Kisah aku sebelum ni. Insyallah lepas je aku settlekan pasal ripway aku nih, aku akan uploadkan lagu nih kat dalam blog aku. Sesaper yg tak berpeluang nak dengar lagu ni. Korang tunggu la. Nanti aku upload kat blog aku ok.
MESTICA - DESTINASI CINTA
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…
No comments:
Post a Comment